PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Sunday, December 11, 2011

"Surat Berantai - Apa Hukum mempercayai?"

Bismillahirrahmanirrahim. 

baru-baru ini, cikgu perhatikan ada beberapa sahabat FB yang menyebarkan PESANAN yang WAJIB DISEBARKAN. Cikgu terpanggil untuk memberikan sedikit maklumat kepada semua. Jika ada kemusykilan atau tidak faham, boleh inbox kepada cikgu. 

kepada yang terlibat menyebarkan, cubalah fahami dan mohonlah keamounan daripada Allah. Namun, janganlah disebabkan perkara ini, anda berhenti daripada menyebarkan status-status ilmiah, kata-kata hikmat dan sebagainya. teruskanlah usaha murni tersebut. tetapi elakkan menyebarkan apa-apa sahaja pesanan yang menyerupai surat berantai atau surat beracun seperti ini.

Surat Berantai

Tarikh Keputusan: 4 May, 1983
Huraian Tajuk/Isu: Risalah wasiat Syeikh Ahmad Saudi.
Keputusan: 

Wasiat Syeikh Ahmad Saudi adalah merupakan bid'ah yang sesat, ini kerana ia bertentangan dengan akidah islam seperti mana yang terkandung didalam ayat yang ke 26 surah al-imran.
Maka menyebarkan surat berantai ini adalah haram sebagaimana sabda Rasulullah SAW.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/surat-berantai-0

Surat berantai boleh menjejaskan aqidah
PDF Print E-mail
Soalan 24

Saya sering menerima surat berantai yang menyuruh penerima berbuat baik seperti berselawat, bersembahyang, menunaikan zakat dan haji serta sentiasa bertaubat.
Surat itu turut menceritakan mimpi Syeikh Ahmad Maeini (yang didakwa penjaga Makam Nabi Muhammad saw) kononnya beliau bermimpi didatangi Rasulullah yang berkata antara 60,000 orang yang mati, tiada satu pun yang beriman.


Si penerima disuruh mencetak 20 salinan dan dihantarkan kepada 20 orang. Dalam surat itu juga menceritakan ‘kebaikan’ yang diterima bagi orang yang mencetak dan menghantarnya seperti keuntungan dalam perniagaan, dinaikkan pangkat atau menerima anugerah.


Sebaliknya orang yang tidak mengendahkannya akan ditimpa malang dan mala petaka. Soalan saya:
  1. Siapakah Syeikh Ahmad Maeini? Adakah dia benar-benar wujud?
  2. Benarkah dalam zaman sekarang antara 60,000 orang yang mati, tiada seorang pun yang beriman?
  3. Bolehkah kita mempercayai surat berantai seperti ini dan mencetak serta mengedarkannya bagi mengelak ditimpa bencana?
  4. Surat berantai ini sama seperti SMS berantai yang menyuruh kita menghantar kalimah al-Quran (yang dieja dalam Bahasa Melayu) dengan tujuan sama. Bolehkah kedua-dua ini diabaikan begitu saja?

Jawapan :
Surat berantai atau surat beracun jika dilihat sebagai surat peringatan untuk orang lain supaya tidak lalai akan perintah Allah dan sentiasa melakukan kebaikan, boleh dianggap sebagai jalan dakwah.

Namun, unsur syirik di dalamnya menyebabkan orang yang mempercayainya menjadi sesat. Unsur syirik itu ialah percaya surat itu ada kuasa tersendiri memberi untung pada yang mencetak dan bala pada yang ingkar mencetaknya.


Ia seumpama tangkal yang ada kuasa memberi kebaikan atau malapetaka dan malang. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain memberi kebaikan dan keburukan pada dirinya; ia adalah unsur syirik yang boleh menggugat akidah.


Soal siapa mati dalam iman dan berapa ribu jumlah mereka adalah kuasa Tuhan, tiada keperluan untuk kita mengetahuinya, tetapi lebih baik bersiap untuk mati dalam iman.


Jangan turut serta sebarkan dengan niat mengelak bencana yang bakal menimpa (jika engkar menyebarkannya melalui surat atau SMS) kerana ia mungkin menggugat akidah kita.

 
Petikan dari Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
Harian Metro


selain jawapan diatas, berikut diletakkan juga penerangan yang membawa maksud yang sama:

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu.Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida’, Rasulullah s.a.w telah bersabda “Telah sempurna bagimu agamamu” yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?


Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na’uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.


Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala.


Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik.Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini.


Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet.


Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya di sekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari Penerangan di atas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.
Wallahu’allam.

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah di dalam mimpinya, bacalah keterangan di bawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:
  • Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
  • anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966), dan
  • anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barangsiapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah “melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”. (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.”.

Lagipun, "surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”.

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini “paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si pengirim.


Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya di sekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari Penerangan di atas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.
Wallahu’allam.


BACAAN TAMBAHAN
http://mutiara75.blogspot.com/2006/09/surat-berantai-apa-hukum-mempercayai.html
http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=167&Itemid=82
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/surat-berantai-0



www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0142105606

No comments:

Post a Comment

Listen to Quran