PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.
Showing posts with label BSMM. Show all posts
Showing posts with label BSMM. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

PROGRAM PENCEGAHAN DENGGI SMK CONVENT BATU PAHAT

Bahan Multimedia untuk Ceramah Program Tiada Aedes, Tiada Denggi Sempena Karnival 3K SMK Convent Batu Pahat Johor.



http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/demam-denggi




Demam Denggi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus denggi dan disebarkan melalui gigitan NYAMUK AEDES.

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/demam-denggi/922

Tiada ubat khusus yang dapat merawat demam denggi kecuali mengamalkan langkah-langkah kawalan dan pencegahan.


 TANDA-TANDA
-Demam denggi yang mengejut dan berterusan.
-Sakit pada sendi, belakang biji mata dan kepala.
-Hilang selera makan.
-Muntah
-Sakit perut.

 TABIAT NYAMUK AEDES
-Aedes boleh dikenali melalui belang hitam & putih pada kakinya.
 -Mengigit pada waktu pagi & senja
-Membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam & luar rumah.
-Kitaran hidup nyamuk Aedes adalah selama 1 minggu(7hari) dari telur, jentik-jentik, kepompong & nyamuk dewasa.


 LUANGKAN MASA 10 MINIT SETIAP HUJUNG MINGGU HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI

 

Makanan Nyamuk
http://bioweb.uwlax.edu/bio203/s2008/otto_lau2/nutrition.htm

APA PERANAN ANDA?




ALTERNATIF

INGAT SEBELUM TERLAMBAT


Nyamuk Paling Berbahaya di Dunia, nyamuk berbahaya, nyamuk mematikan, nyamuk penyebab penyakit, nyamuk paling membuat orang sakit, nyamuk paling ganas, nyamuk berbahaya bagi kesehatan.


http://www.dengue.info This educational video was produced under the scientific direction of Bruno Guy, DVM and PhD in Human Biology, a scientist at Sanofi Pasteur and lead author of a dozen scientific publications in the field of dengue vaccine research. The digital images of human tissues, cells and vessels have been adapted from published scientific photographes and illustrations to help viewers understand the complexity of the immune response. This video is not meant to be a scientific representation of human cells and tissues. In particular, the relative scale of the cells, the dengue virus and the vaccine strains has been adapted to the educational objectives of this video.



4 Jenis Nyamuk Paling Berbahaya Di Dunia

4 Jenis Nyamuk Paling Berbahaya Di Dunia - Hampir semua orang tua yang mempunyai anak balita, terlebih bayi, pasti menginginkan rumahnya terbebas dari nyamuk. Sayangnya, tamu tak diundang ini tidak siang maupun malam selalu saja berkunjung ke rumah kita. Terlebih bila di rumah banyak terdapat pepohonan rimbun dan tempat air tergenang. Menurut Soeroto Atmosoedjono, analisis bakteriologi lulusan Eijkman Institute, yang telah bergelut meneliti nyamuk lebih dari 60 tahun. Nyamuk mengisap darah orang atau binatang untuk kelangsungan hidupnya. 


Selain untuk makan, bagi yang betina juga untuk dapat memproduksi telur. Oleh karena itu nyamuk betina mencari makan dengan cara menggigit, sementara nyamuk pejantan bisa mendapatkan zat-zat makanan dari alam, semisal dari sari-sari bunga. Menurut peneliti yang pernah mendapat beberapa penghargaan dari dalam dan luar negeri ini, 2-3 hari setelah menggigit, nyamuk akan bertelur. Lalu beberapa hari kemudian telur-telur itu akan menetas di air menjadi jentik-jentik halus. Dari jentik lalu berkembang menjadi kepompong, sampai akhirnya menjadi nyamuk melalui proses metamorfosis.


1. Nyamuk ANOPHELES 
2. Nyamuk AEDES AEGYPTI
3. Nyamuk AEDES ALBOPICTUS
4. Nyamuk CULEX FATIQANS



Nyamuk mempunyai keistimewaan sehingga tercantum banyak dalam Surat di dalam Al Quran. Untuk membunuh seorang Raja yang sombong, Allah SWT tidak perlu mengirimkan pasukan yang dasyat, pasukan yang begitu gagah, Allah hanya mengutus seekor Nyamuk saja.







http://inspectorjuniorgirls.blogspot.com/2012/09/soalan-soalan-tentang-denggi-atau.html




www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0136607046

Wednesday, April 11, 2012

Senarai Handbook

Senarai Handbook

  • No. 1 - Peraturan Perkhidmatan
  • No. 2 - Prosedur Kewangan
  • No. 3 - Prosedur Untuk Unit Subsidiari
  • No. 4 - Peraturan Perkhidmatan Untuk Kakitangan
  • No. 5 - Uniform
  • No. 6 - Lambang
  • No. 7 - Panduan Latihan
  • No. 8 - Panduan Kecemasan Tindakan Bencana
  • No. 9 - Aktiviti-Aktiviti
  • No. 10 - Peraturan Pengumpulan Dana
  • No. 11 – Peraturan Mesyuarat Majlis Kebangsaan, Cawangan Dan Cabang
  • No. 12 - S.O.P Perkhidmatan Ambulans

Handbook No. 5 – Uniform

Uniform Bagi Lelaki
  • No. 1 – Uniform Istiadat
  • No. 2 – Uniform Penuh Pegawai
  • No. 3 – Uniform Kerja Pegawai
  • No. 4 – Uniform Penuh Pasukan Bantuan Sukarela (VAD)
  • No. 5 – Uniform Kawalan Kehormat VAD / Belia
Uniform Bagi Perempuan
  • No. 1 – Uniform Istiadat
  • No. 2 – Uniform Penuh Pegawai
  • No. 4a – Uniform Penuh Pasukan Bantuan Sukarela (VAD) / Belia
  • No. 5a – Uniform Kawalan Kehormat VAD / Belia
http://bsmmcuitm.wordpress.com/handbook/


www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0142105606

Lagu “Bulan Sabit Merah”

Muat turun lagu BSMM di sini
Dengar lagu BSMM di sini

BULAN SABIT MERAH

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Lirik  : Dato’ Dol Ramli
Lagu : Dato’ Johari Salleh

Lagu “Bulan Sabit Merah” untuk pertama kalinya telah dimainkan pada tahun 1975 dalam satu majlis sempena penukaran nama persatuan dari Pertubuhan Palang Merah Malaysia (Malaysian Red Cross Society) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent Society).
Kini, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) kali ke-116 pada 25 Mac 2007, persatuan ini lagi sekali melalui penjenamaan semula dan dinamakan sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent) atau secara ringkasnya disebut BSMM.
 http://bsmmcuitm.wordpress.com/lagu/

www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0142105606

Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

PENDAHULUAN

Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross".  Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:

" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".

Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.

Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan  cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia
Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.


AKTA PERTUBUHAN

Bulan Sabit Merah Malaysia adahalh ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut :

1.        Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf  cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

2.        Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada  1 Julai 1965.

3.        Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).


http://redcrescent.org.my/pahang/sejarah.html


Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia

TARIKHPERISTIWA
1948
Kolonial British menubuhkan cawangan bagi Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Penubuhan cawangan pertama tersebut bagi negara ini telah dilakukan selepas kunjungan Kolonel Stevenson ke Sandakan, Sabah.
1950
British membuka lebih banyak cawangan di Semenanjung Tanah Melayu pula bermula dengan Cawangan Pulau Pinang.
1952
Pembukaan cawangan di negeri Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Pahang.
1953
Lebih banyak cawangan dibuka.
1957
Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, cawangan-cawangan di Semenanjung telah dikelolakan sebagai Federation of Malaya Red Cross Society yang kemudiannya diperbadankan mengikut peruntukan Akta Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) 1962.
4 Julai 1963
Federation of Malaya Red Cross Society telah menerima pengiktirafan rasmi daripada International Committee of the Red Cross (ICRC) sebagai pertubuhan nasional yang bebas.
24 Ogos 1963
Berikutan dengan itu, Federation of Malaya Red Cross Society telah diperakui sebagai ahli dalam International League of Red Cross and Red Crescent Societies.
1965
Selepas pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963, akta untuk menubuhkan Federation of Malaya Red Cross Society beserta dengan cawangan-cawangannya di Sabah dan Sarawak di bawah nama Persatuan Palang Merah Malaysiatelah diluluskan oleh Parlimen melalui peruntukan Akta Malaysian Red Cross Society (Incorporation) 1965 (Akta 47).
21 Ogos 1975
Akta Malaysian Red Cross Society (Change of Name) 1975 (Akta 162) yang telah diluluskan oleh Parlimen mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu.
4 September 1975
Akta tersebut telah diwartakan dan secara rasminya Persatuan Palang Merah Malaysia bertukar namanya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).
25 Mac 2007
Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan penjenamaan semula bagi PBSMM yang melibatkan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
27 Jun 2007
Surat Pekeliling dikeluarkan dan diedarkan kepada semua cawangan bagi memaklumkan penukaran nama tersebut.

Berdasarkan rekod pada 8 Mei 2004, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mempunyai 15 cawangan dan 148 chapter dengan keanggotaan seramai 290,832 ahli.

http://bsmmcuitm.wordpress.com/profail/

www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0142105606
Listen to Quran