PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Monday, January 11, 2010

siri 3 : relief di surau

assalamualaikum.
cikgu-cikgu sekalian, hari ini saya ingin berkongsi satu lagu pengisian untuk kelas relief agama.
Jika di sekolah anda, pelajaran agama dilaksanakan di bilik agama atau surau, maka cara ini sesuai untuk diaplikasikan.

saya pernah mendapat kelas relief agama, dan saya bawa mereka ke surau( kerana kelas digunakan oleh pelajar non muslim). asalnya saya tak ada idea nak buat apa, jadi saya tanya mereka
+ awak tahu solat dhuha tak? pernah buat solat dhuha tak?
- mereka jawab tak!
+ jadi hari ini cikgu nak ajar solat dhuha.mari ambil wudhuk dan masuk ke surau....

tapi almaklum sahajalah, rancangan tak menjadi. oleh kerana masa singkat, mereka tak sempat ambil wudhuk. dan oleh kerana itu idea spontan, maka saya tak prepare telekung, sejadah dll. maka tinggal beberapa belas minit sahaja sebelum masa tamat, sayapun ubah rancangan.

+ok, kita tak sempat buat pelajaran dhuha, andaikan awak masuk hutan
1-bagaimana nak tentukan arah kiblat?
2-bagaimana nak ambil wudhuk, jika tak ada air?
3-bagaimana ambil wudhuk jika hanya ada air dalam botol?
4-soalan lain cikgu-cikgu create lah sendiri.....

TERKEJUT?
jangan terkejut jika saya katakan majoriti pelajar tu tak tahu perkara-perkara asas tersebut...ini menjadikan mereka semakin berminat. biarkan mereka membuat perbincangan dan pastikan cikgu mengawal perbincangan mereka supaya tidak menjadi ajaransesat.

SEMUA LAYAK BUAT aktiviti ini.
saya berani katakan begini kerana cikgu hanya perlu bincang dan tunjukkan basic sahaja. (buatlah revision sedikit). jika ada salah faham, katakan kepada pelajar

+baiklah, esok apabila ustazah kamu masuk kelas, tanya kepada beliau...

so, beranikan diri mencuba aktiviti ini. kerana saya telah melaksanakannya.
giliran anda pula.walaupun anda bukan ustazah, tapi perkara itu adalah basic feqah...

No comments:

Post a Comment

Listen to Quran