assalamualaikum.
maaf kerana lama tidak menghantar entri di sini.
pada kali ini saya ingin berkongsi satu lagi aktiviti untuk kelas relief. jika cikgu-cikgu ada koleksi majalah (sekurang-kurangnya 15 naskah), cikgu boleh gunakan majalah tersebut untuk mengisi masa pelajar. saya pernah membawa majalah readers digest dan menyuruh pelajar mencari perkataan baru di dalamnya. (aktiviti bergantung kepada pencapaian murid).
selain majalah readers digest, saya juga pernah membawa majalah visi, dan majalah arus sains.
namun sayugia diingatkan, tahap pelajar perlulah diambil kira. saya menyedari bahawa jika bahan bacaan yang dibekalkan terlalu berat, mereka tidak akan membacanya dan kesannya juga rendah. Bahan baccan yang sesuai (berwarna, ada kartun dsb) akan menarik minat pelajar.
aktiviti ini wajar dilaksanakan jika cikgu mempunyai koleksi majalah atau bahan bacaan dan boleh dibawa ke sekolah. (pastikan pelajar memulangkan kemabali bahan tersebut).
namun, jika tidak ada, cikgu boleh bawa mereka ke perpustakaan. cara begini telah banyak kali dilakukan oleh guru-guru senior. jadi, sebagai guru praktikal, membawa bahan masuk ke kelas merupakan sesuatu yang baru bagi pelajar.
selamat mencuba...
|||~CHampion-CBP~*Cintai Ilmu, Hargai Keluarga-CEMERLANG.BERINTEGRITI.PROAKTIF*||| SK Parit Bilal-SA Bukit Pasir- SDK Datin Onn Jaafar- SMK Jalan Kolam Air- SMA Persekutuan Kajang-Kolej Matrikulasi Johor-UiTM Malaysia-SMK Sri Istana Klang-SMK Convent Batu Pahat-SMK Taman Pelangi Johor Bahru.."Gemilang di dunia, Bahagia di Akhirat"
PENGUMUMAN
PROGRAM TANYALAH SAYANG:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment