PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Sunday, January 10, 2010

siri 1: ice breaking

waalaikum salam. cikgu hidayah, saya benar-benar mohon maaf kerana terlewat memberi respon kepada permintaan cikgu. sebagai pendahuluan, bagi cikgu-cikgu lain yang belum mengenali saya, saya sertakan sedikit nukilan memori sepanjang sesi praktikal saya www.anwaruitm.blogspot.com 

itu cuma sedikit.
jadi pada kali ini InsyaAllah saya kongsikan beberapa idea untuk kelas relief.

1-dalam minggu pertama, kita boleh berkenalan dengan pelajar-pelajar dalam kelas relief. pelbagai cara berkenalan boleh digunakan bergantung kepada kreativiti masing -masing. 
Di antara cara yang saya pernah lakukan adalah 

1-berikan kertas bersaiz memo ( jika tidak ada, berikan kertas A4 dan suruh mereka potong kepada 6 bahagian)
2-suruh mereka tulis,hobi, makanan kegemaran, 3 impian yang belum tercapai. 3 perkara yang dibenci, 3 orang yang dia kasihi, dan boleh tambah mengikut kreativiti cikgu-cikgu sekalian)
4-kemudian kutip setiap kertas tersebut.
5-kocok kertas tersebut dan berikan semula kepada pelajar( berikan kepada pelajar lain).
6- suruh mereka baca, teka dan cari siapakah pemilik kertas tersebut.

RASIONAL
-aktiviti ini nampak mudah, tetapi akan mengambil masa terutama untuk menulis impian mereka yang belum tercapai.
-seperti kita, jika ada pensyarah yang ingin berkenalan dan beliau menyuruh setiap pelajar bangun memperkenalkan diri, tentulah kita bosan. begitu juga pelajar ini. mereka telah 4 tahun bersama dan hanya kita yang ingin berkenalan dengan mereka. dengan cara ini, kita dapat mengenali semua pelajar, disamping pelajar dapat melakukan aktiviti yang menyeronokkan.

(pelajar terlalu ramai dan mustahil kita dapat mengingati mereka dalam satu masa sahaja, jadi cikgu perlu kutip semula kertas tersebut dan bawa ke rumah untuk dihayati.) sehingga kini saya masih simpan kertas nama pelajar saya ...

No comments:

Post a Comment

Listen to Quran