PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Monday, September 7, 2015

Menggredkan Markah Secara Automatik Menggunakan Excel

Menggredkan Markah Secara Automatik Menggunakan Excel

Panduan Menggredkan Markah Menggunakan Excel

1. Sediakan formula

Untuk A (80-100), A- (75-79), B+ (70-74), B (65-69), B- (60-64), C+ (55-59), C (50-54), C- (45-49), D+ (40-44), D (35 -39), dan E (34 ke bawah); gunakan formula berikut:
=LOOKUP(F2,{0,33.5,39.5,44.5,49.5,54.5,59.5,64.5,69.5,74.5,79.5},{"E","D","D+","C-","C","C-","B-","B","B+","A-","A"})

Untuk A (75-100), A- (70-74), B+ (65-69), B (60-64), B- (55-59), C+ (50-54), C (45-49), C- (34-44), D+ (23-33), D (12-22), dan E (0-11), gunakan formula berikut:
=LOOKUP(F2,{0,11.5,22.5,33.5,44.5,49.5,54.5,59.5,64.5,69.5,74.5},{"E","D","DP","CM","C","CP","BM","B","BP","AM","A"})

Untuk skema lain, boleh buat sendiri . F2 adalah lokasi untuk data pertama. Jika data pertama anda terletak di lokasi lain, sila ubah, misalnya kepada G2 dan sebagainya. Dalam data di atas, pelajar yang dapat 79.6 digredkan sebagai A atas andaian ianya dibundarkan kepada markah '80' jika dibuat secara manual.

2. Langkah-langkah untuk gredkan markah ialah seperti berikut (sila rujuk rajah di sebelah kiri):

Langkah 1: Sediakan markah untuk digredkan





Langkah 2: Letak kursor pada G2, copy formula LOOKUP (Rujuk Langkah 1) dan paste pada ruang fungsi (selepas X / fx), F2 ialah data pertama


Langkah 3: Selepas gred untuk data pertama dijanakan, anda akan dapati ada line berwarna biru (empat segi), tekan sudut bawah kanan kotak tersebut dan seretkan cursor hingga ke penghujung senarai di bawah.
Gred-gred seterusnya dijanakan secara automatik, hanya sekali klik.























SUMBER http://penyelaras-e-pembelajaran.blogspot.my/2011/04/menggredkan-markah-secara-automatik.html

www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0136607046

No comments:

Post a Comment