PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Saturday, February 14, 2015

HUTANG PIUTANG HUTANG

HUTANG PIUTANG HUTANG: (Qardhu)  bahasa Arab bermaksud al-Qardhu atau potongan. Dari segi bahasa ia membawa maksud potongan sebahagian harta dan diberi kepada seseorang yang memerlukan. Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah bin Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya. Mereka berkata: Apa itu wahai Rasulullah? Beliau bersabda: Hutang.” Tetapi Islam memberi galakan kepada umatnya, agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya yang amat memerlukan, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Dalam Islam hutang dan sedekah mempunyai hubungan yang amat rapat. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Barang siapa memberikan, lebih dua pahalanya daripada pahala sedekah”. (Hadis Hasan). Dalam kisah perjalanan Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam  bersama malaikat Jibril pada malam Israk Mikraj, tergantung di salah sebuah pintu syurga kata-kata bermaksud, ‘Sedekah bersamaan 10 kali ganda dan hutang bersamaan 18 kali ganda’. Lalu baginda bertanya kepada Jibril, “Mengapa demikian? Jawab Jibril, “sedekah diberikan kepada seseorang, semua atau sebahagiannya. Sementara hutang, orang tidak akan meminta berhutang kalau tidak kerana sebab-sebab yang mendesak”. Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda lagi yang bermaksud:  “Allah akan menolong hamba-Nya selama hamba itu suka menolong saudaranya”. (Riwayat Muslim) Hutang yang dibenarkan dalam Islam hanyalah hutang Al Qard dengan maksud pinjaman. Ia juga dikenali dengan nama Al Qardhul Hasan atau pinjaman kebajikan (benevolent loan) di mana hutang atau pinjaman diberikan kepada orang yang sangat memerlukan bantuan, tanpa melibatkan bayaran lebih semasa bayaran balik hutang tersebut. Misalnya, jika diberi pinjaman RM1000 dan tempoh bayaran balik selepas 2 bulan, maka siberhutang mesti membayar semula hutang beliau pada tempoh yang dijanjikan dan dengan jumlah yang sama RM1000. Jika orang yang berhutang hendak memberikan lebihan saguhati kepada pemberi pinjaman, ini adalah dibenarkan dalam Islam tetapi tidak boleh dijadikan syarat dalam pinjaman itu. Orang yang memberikan hutang tidak boleh mengenakan bayaran tambahan ke atas hutang itu, kerana jumlah tambahan ke atas hutang itu dikenali sebagai RIBA yang amat dilarang dalam Islam. Apa sahaja nama yang digunapakai seperti bunga, faedah, premium dan sebagainya, adalah termasuk dalam kategori riba selagi mana ianya menepati definisi riba yang dimaksudkan. Secara ringkas, salah satu riba hutang piutang ialah riba annasi’ah atau juga dipanggil riba al-qard. Ini merujuk kepada hutang yang disyaratkan dengan faedah atau manfaat kepada pihak yang memberikan pinjaman. Ini merupakan satu bentuk penindasan kepada orang yang sedang dalam kesusahan kerana memerlukan bantuan kewangan. CARA BERHUTANG DAN MEMBERI HUTANG. Islam menganjurkan dengan terperinci bagaimanakah cara Dalam menguruskan suatu pinjaman atau berhutang, antaranya; 1. Syarat bertulis dan ditandatangan oleh kedua-dua belah pihak tanda setuju, dengan jumlah dan tempoh. 2. Saksi iaitu mendapatkan tandatangan satu orang selain dari pemberi hutang dan penerima hutang.   CONTOH SURAT PERJANJIAN  HUTANG PIUTANG (Perjanjian ini mempunyai 2 mukasurat)   Kami yang bertandatangan di bawah ini: Nama                    : Alamat                  : Umur                    : Pekerjaan           : Selaku Pemberi Pinjaman, selepas ini disebut PIHAK PERTAMA.   Nama                    : Alamat                  : Umur                    : Pekerjaan           : Selaku Yang Meminjam, selepas ini disebut PIHAK KEDUA. 1. Bahawa Pihak  Kedua  bermaksud  hendak  meminjam  sejumlah  wang  dari Pihak Pertama dan Pihak Pertama Bersetuju memberi Pinjaman Itu. 2. Selanjutnya  kedua belah pihak  telah  bersepakat untuk  mengadakan perjanjian  hutang  piutang  mengenai  wang  di  maksud  di  Fasal 1 nanti,  yang  diatur  serta dengan mengguna ketentuan-ketentuan berikut: Fasal 1 : Jumlah Hutang Piutang (1) Nilai perjanjian hutang  piutang yang disepakati oleh kedua pihak adalah  wang sejumlah RM …………………………. sahaja.   Ringgit Malaysia:………………………………………………………………………………………………………….………………….. …………………………………………………………………….………………………………………………………………………………..... Fasal 2 : Tarikh dan Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman (1) Pinjaman  ini berlaku bermula pada ........................ hingga ……………… (2) Apabila dalam jangka waktu tersebut pihak kedua masih belum mampu mengembalikan seluruh pinjaman kepada pihak pertama, maka pihak pertama dapat memberikan toleransi   pembayaran  maksima 1  (satu)  bulan   dari  tarikh  terakhir  yang tercantum dalam ayat 1 Fasal 2 kerana mempertimbangkan keadaan pihak kedua. Fasal 3 : Cara pembayaran Balik Pinjaman (1) Pihak  Pertama dan  Pihak  Kedua telah sepakat bahawa  pembayaran pinjaman Pihak Kedua kepada Pihak Pertama dilakukan dengan cara tunai/ansuran sebanyak RM …………………………sebulan. (2) Pihak Pertama dan Pihak Kedua juga telah sepakat bahawa untuk memudahkan kedua belah pihak maka pembayaran dilakukan melalui Mesin ATM bank kepada : Bank …………………….…..…………………..……………… No. Akaun  ………………………….…………………………… Atas Nama Pihak Pertama......……………………………………………………………………………………………………   (3) Terkait  dengan   kegiatan  ayat  2   Fasal   3,   untuk   setiap   kali  pihak   kedua membuat pembayaran di Mesin ATM maka harus menyimpan bukti berupa slip/resit sebagai  bukti  pembayaran  yang  sah.  Salinan slip/resit hendaklah diphotostat dan diserahkan kepada Pihak Pertama saat bayaran terakhir untuk  ditandatangani  dan/atau  distem oleh pihak pertama. Sementara salinan yang asli disimpan oleh pihak kedua. Demikian perjanjian ini dibuat untuk digunakan sebagai mana mestinya. (contoh: Kota Bharu) 09 Jun 2013 Tandatangan Pihak Pertama                                       Tandatangan Pihak Kedua   …………………………………………….                                      ………………………………………………… (                                                    )                                         (                                                              )   Tandatangan Saksi I                                                        Tandatangan Saksi II     ……………………………………………..                                     ………………………………………………….. (                                                    )                                         (                                                              ) Semoga Allah memberkati urusan ini dan memberi jalan mudah menyelesaikannya. Insya Allah.   Dalil tentang cara mengurus hutang ini seperti menulis jumlah hutang, tempoh hutang dan mengadakan saksi, telah digariskan dengan jelas oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firmanNya, dalam surah Al Baqarah, ayat 282. “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke satu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (HUTANG DAN MASA BAYARANNYA) itu. Dan hendaklah seorang penulis antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar); dan hendaklah kamu mengadakan DUA orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian, kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu, maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi.  Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali, perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu, hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” Mungkin tidak timbul masalah untuk menulis hutang kerana prosedur yang jelas dengan persetujuan kedua-dua pihak yang berhutang dan yang memberi hutang. Telah termaktub dalam perjanjian hutang tersebut bahawa adalah menjadi tanggungjawab orang yang berhutang untuk menjelaskan hutangnya pada tempoh masa yang ditetapkan. Contoh terbaik bagi menjelaskan hutang adalah seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam sendiri ketika berhutang. Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam pernah berhutang seekor unta kemudian Baginda membayarnya dengan yang lebih baik dan bersabda, maksudnya: “ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya.” Hadis riwayat Imam Muslim. Rujuk Sahih Muslim Jil. III, Sunan al Tirmidhi Jil. II, Misykat al Masabih Jil, III. HUKUM MEMBERI HUTANG Asal hukum adalah harus, tetapi ianya boleh berubah mengikut syarat dan keadaan dari kedua-dua belah pihak. Dalam Islam memberi hutang adalah satu perbuatan yang baik dan akan diberikan pahala yang oleh Allah, kerana dengan pemberian itu mungkin dapat menyelamatkan maruah dan jiwa seseorang daripada dihina, diugut atau dibunuh…sebagaimana firman Allah…Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah. Memberi hutang juga menjadi wajib apabila yang meminta itu adalah mereka yang Dalam keadaan kesempitan yang amat sangat, kerana ditimpa musibah dan seumpamanya. Hutang juga wajib diberikan kepada mereka yang dulu pernah kaya raya tetapi menjadi muflis dan miskin. Hikmatnya untuk mengelak daripada golongan ini mengambil jalan singkat dan sesat seperti membunuh diri atau merompak atau mencuri. Ada ketikanya Islam memberi kelonggaran kepada pemberi hutang meminjam atau berhutang dari orang lain untuk diberikan pinjaman atau sedekah kepada mereka yang amat memerlukan. MASALAH DALAM PEMBAYARAN HUTANG Banyak kedengaran isu dan kenyataan di akhbar mengenai permasalahan semasa menjelaskan hutang termasuklah hutang kad kredit, hutang rumah, hutang kereta dan lain-lain lagi. Satu persoalan timbul dalam masyarakat kita ialah bagaimana menangani masalah orang yang susah atau sengaja melambatkan bayaran hutang atau lari dari hutang atau mengalami kerugian yang menyebabkan mereka tidak mampu membayarnya. Mungkin pelbagai tindakan seperti perbincangan, penambahan masa bayaran dan tindakan mahkamah atau perundangan boleh diambil oleh pihak pemberi pinjaman kepada mereka yang gagal menjelaskan hutang ini. Berbagai-bagai alasan akan diberikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut. BALASAN MEREKA YANG MELAMBAT-LAMBATKAN PEMBAYARAN HUTANG Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat. Antaranya: 1. Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya. 2. Hidup mereka tidak mendapat keredhaan Allah. 3. Mereka digolongkan dalam perbuatan zalim. 4. Amalan kebajikan mereka tidak diberkati. Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam mengecam orang-orang yang menangguhkan bayaran hutangnya sedangkan mereka itu kaya atau berkemampuan untuk menjelaskan hutang mereka. Tindakan melewatkan bayaran hutang ini seolah-olah menafikan hak orang yang memberikan pinjaman, kerana mungkin mereka memerlukan pula wang tersebut untuk tujuan kemaslahatan yang lain. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda: “ Menunda-nunda orang kaya untuk membayar hutang (memberi hak kepada orang lain) adalah zalim…” . Hadis riwayat Imam al- Tirmidhi, Rujuk Sunan al Tirmidhi Jil. II. Sabda Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda: Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya). Riwayat Ibnu Majah. Dalam konteks risiko perniagaan, jika seorang peniaga mengalami kerugian dan masih menanggung hutang yang banyak, maka dianjurkanlah orang ramai memberi sedekah kepada peniaga itu dengan niat untuk membantu menjelaskan hutang orang tersebut. Amalan sedekah ini boleh menyucikan harta seperti Firman Allah dalam surah at-Taubah, ayat 103, “Ambillah sedekah dari sebahagian harta mereka, dengan sedekah itu , kamu membersihkan dan mensucikan mereka.” Anjuran bersedekah bagi membantu orang yang terdesak dalam berhutang, juga dianjurkan oleh Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam. Dari Abu Sa’id al Khudri r.a., yang maksudnya: Pada masa Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam, ada seorang laki-laki ditimpa musibah dalam buah-buahan yang dia perdagangkan, lalu dia mempunyai banyak hutang. Bersabda Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam. yang maksudnya: “Bersedekahlah kamu sekalian kepadanya” Maka orang-orang pun bersedekah kepadanya, akan tetapi (yang dia terima) itu tidak mencukupi bagi menjelaskan hutangnya. Kemudian Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam. bersabda kepada orang-orang yang memberi hutang kepadanya, “Ambillah apa yang dapat kamu ambil dan kamu tidak dapat mengambil kecuali itu (yakni hasil pengumpulan sedekah tadi)”. Hadis riwayat Imam al Tirmidhi, Sunan al Tirmidhi Jil.I. Oleh yang demikian, Islam menganjurkan antara perkara yang wajib disegerakan di atas dunia ini, selain dari jenazah hendaklah segera dikebumikan, dan anak perempuan yang dipinang orang hendaklah segera dikahwinkan, maka hutang-piutang hendaklah segera dibayar atau dilangsaikan, untuk mengelakkan terabai membayarnya. Islam sangat mengambil berat mengenai pembayaran hutang, kerana pelunasan hutang adalah merupakan satu syarat untuk mendapat keredhaan Allah. Seseorang yang berhutang, hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut, kerana Allah akan memudahkan baginya bila dia hendak menunaikannya. Banyaklah berdoa agar hutang dapat segera dilunaskan dan banyakkan juga berdoa supaya kita tidak termasuk kalangan orang-orang yang terpaksa berhutang dan suka berhutang. Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam. juga bersabda; “Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka diambillah amal kebaikan orang itu, dan diberikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan pada orang-orang yang berhutang.” Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia sudah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Sepertimana sabda Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam: ”Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya”. Abu Said r.a berkata: "Telah dibawa kepada Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu", Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali bin Talib berkata: "Biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu. Tidaklah seorang muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak.” KEBAIKAN MEMBERI KELONGGARAN TEMPOH BERHUTANG Mari kita lihat pendekatan Islam melalui hadits Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a, di mana ianya menceritakan tentang kebaikan memberikan kelonggaran bagi menjelaskan hutang. Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda; “Barang siapa yang memberikan kelonggaran waktu pada hutangnya orang fakir dan miskin atau membebaskannya, maka Allah memberikan kepadanya naungan di hari Kiamat di bawah naungan ArasyNya, ketika tidak ada naungan kecuali naunganNya .” Hadis riwayat Imam Al Tirmidhi. Rujuk Sunan al Tirmidhi Jil. II. GALAKAN MEMBAYAR HUTANG Terdapat pendapat al Salaf Al Salih yang menggalakkan segera dibayar hutang ini, iaitu dari Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan daripada Abu Qilabah bahawa Abu al-Darda r.a. berkata: “Kebajikan tidak pernah punah, dosa tidak akan dilalaikan dan orang yang berhutang sukar melelapkan mata. Jadilah dirimu seperti yang engkau kehendaki. Seberapa banyak engkau berhutang, maka sebanyak itu pula engkau harus mengembalikannya.” Kitab al-Zuhd. Dalam hadits yang lain Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam bersabda: “Berhati-hatilah kamu Dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” (HR al-Baihaqi) Apa tidaknya?, kerana orang yang berhutang akan berfikir dengan macam-macam fikiran apabila sampai tempoh perjanjian pembayaran hutang, apalagi bila diminta oleh pemberi hutang. Mereka akan berfikir mencari jalan untuk menyelesaikan hutang, berfikir mencari jalan untuk lari dari bertemu dengan pemberi hutang, berfikir untuk mencari alas an jika esok hari dituntut lagi. Lalu keesokkan harinya mereka akan menjadi hina dengan menjauhkan diri dari orang ramai, mengelak dari bertemu dengan orang yang memberi hutang kepadanya, lari daripada orang-orang yang menuntut hutang dan sebagainya. “Membayar hutang itu ibadah” KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, janganlah menangguhkan bayaran jika kita berhutang, dan apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan sengaja mengelakkan bayaran hutang, adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat pembalasan terhadap perbuatannya. Oleh itu, sangat-sangatlah dianjurkan orang yang berhutang untuk menjelaskan hutang dengan segera, tanpa perlu menunggu pemberi pinjaman tadi memberikan peringatan atau mengulang-ulang bertanyakan mengenai pelunasan hutang tersebut. Bersegeralah kita menunaikan janji untuk membayar hutang, jika ada; kerana sangat besarlah ganjarannyan kepada mereka yang menunaikan janji ketika berhutang ini, seperti Firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 177:  “…. orang-orang yang menepati janjinya apabila dia berjanji dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan…., Mereka itulah orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” Oleh : Dr Amalina Abdullah

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0136607046

No comments:

Post a Comment