PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Wednesday, April 11, 2012

Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

PENDAHULUAN

Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross".  Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:

" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".

Cawangan Sabah
Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948.

Cawangan Sarawak
Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan  cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia
Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.


AKTA PERTUBUHAN

Bulan Sabit Merah Malaysia adahalh ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut :

1.        Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung bertaraf  cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

2.        Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada  1 Julai 1965.

3.        Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).


http://redcrescent.org.my/pahang/sejarah.html


Sejarah Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia

TARIKHPERISTIWA
1948
Kolonial British menubuhkan cawangan bagi Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Penubuhan cawangan pertama tersebut bagi negara ini telah dilakukan selepas kunjungan Kolonel Stevenson ke Sandakan, Sabah.
1950
British membuka lebih banyak cawangan di Semenanjung Tanah Melayu pula bermula dengan Cawangan Pulau Pinang.
1952
Pembukaan cawangan di negeri Perak, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Pahang.
1953
Lebih banyak cawangan dibuka.
1957
Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, cawangan-cawangan di Semenanjung telah dikelolakan sebagai Federation of Malaya Red Cross Society yang kemudiannya diperbadankan mengikut peruntukan Akta Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) 1962.
4 Julai 1963
Federation of Malaya Red Cross Society telah menerima pengiktirafan rasmi daripada International Committee of the Red Cross (ICRC) sebagai pertubuhan nasional yang bebas.
24 Ogos 1963
Berikutan dengan itu, Federation of Malaya Red Cross Society telah diperakui sebagai ahli dalam International League of Red Cross and Red Crescent Societies.
1965
Selepas pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963, akta untuk menubuhkan Federation of Malaya Red Cross Society beserta dengan cawangan-cawangannya di Sabah dan Sarawak di bawah nama Persatuan Palang Merah Malaysiatelah diluluskan oleh Parlimen melalui peruntukan Akta Malaysian Red Cross Society (Incorporation) 1965 (Akta 47).
21 Ogos 1975
Akta Malaysian Red Cross Society (Change of Name) 1975 (Akta 162) yang telah diluluskan oleh Parlimen mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu.
4 September 1975
Akta tersebut telah diwartakan dan secara rasminya Persatuan Palang Merah Malaysia bertukar namanya kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM).
25 Mac 2007
Mesyuarat Majlis PBSMM kali ke-116 telah memutuskan penjenamaan semula bagi PBSMM yang melibatkan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
27 Jun 2007
Surat Pekeliling dikeluarkan dan diedarkan kepada semua cawangan bagi memaklumkan penukaran nama tersebut.

Berdasarkan rekod pada 8 Mei 2004, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mempunyai 15 cawangan dan 148 chapter dengan keanggotaan seramai 290,832 ahli.

http://bsmmcuitm.wordpress.com/profail/

www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0142105606

No comments:

Post a Comment

Listen to Quran