PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Saturday, April 28, 2012

alhamdulillah....seminggu yang produktif. (23-29 april)

ISNIN : Alhamdulillah, selesai semua urusan peperiksaan PK2. keyin markah dan pembetulan pelajar. yang belum selesai ialah PEMBAHAGIAN HADIAH.
SELASA: Alhamdulillah, walaupun sepatutnya laporan pengarah turun padang dihantar hari ini, tetapi apabila menerima borang PEMBETULAN, maka perubahan drastik terpaksa dilaksanakan....lagu jangan tidur lagi bergema---
RABU: Latihan rumah sukan yang dikendalikan oleh mantan ketua penasihat rumah sukan..... alhamdulillah, memang puas hati. seronok dan menyihatkan.
KHAMIS: Alhamdulillah, siap menghantar laporan pengarah turun padang 1. dan laporan SKPM (dalam masa satu malam)
JUMAAT : mesyuarat agung tahunan koperasi smk convent berhad.Alhamdulillah, pertama kalinnya berjaya menPDFkan  BUKU LAPORAN .


SABTU
Alhamdulillah. sabtu yang produktif:

1. kursus pengendalian mikroskop digital yang menyeronokkan.(jika guru semua teruja, apatah lagi pelajar....)p/s: jika sekolah anda belum beli mikroskop digital, sila lah usulkan kepada pengetua.
2. perjumpaan kokurikulum ke 5 yang berjalan lancar.(terima kasih kepada yang terlibat!)
3. pemantauan baikpulih 25 unit komputer makmal komputer sekolah. (pantau kontraktor, tapi banyak perkara yang saya belajar!)
4. baikpulih 5 unit komputer bilik cyber cafe pelajar (buat sendiri, cuba jaya!)
5. siap menghantar laporan kantin dan denggi bulan April (awal seminggu!)
6. Siap mengira komisyen petugas cyber cafe .
7. selsai mencetak kod-kod baharu cyber cafe untuk kegunaan sekolah dan kampung.


AHAD

7 tugas yang perlu diambil tindakan sebelum datang 7 lagi tugas yang lain! saya suka ahad!
1. MESTI siapkan laporan pra pengarah turun padang. (pengetua)
2. MESTI siapkan soalan pertengahan tahun Tasawwur Islam  (kurikulum)
3. MESTI siapkan soalan pertengahan tahun sains ting. 4 (kurikulum)
4. MESTI siapkan semak laporan BSMM,KMM,Rumah Hijau (kokurikulum)
5. MESTI siapkan keyin data tugas khas emis (data sekolah)
6. MESTI pindahkan gambar n video utk unit majalah. (redaksi)
7. MESTI siapkan kemaskini Fail PEKA (PEKA)

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).


www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0142105606

No comments:

Post a Comment

Listen to Quran