PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Monday, March 19, 2012

ISNIN : Laporan Denggi dan kantin telah dihantar

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

 Bagi Minggu 10/2012 (4 hingga 10 Mac 2012)

Pada minggu ke sepuluh tahun 2012 iaitu bagi tempoh 4 hingga 10 Mac, sejumlah 504 kes demam Denggi dengan tiada kematian dilaporkan berbanding 567 kes dengan dua (2) kematian pada minggu sebelumnya (Lampiran A). Sebanyak enam (6) negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pulau Pinang meningkat sebanyak 12 kes (120%), Perlis 3 kes (50%), Sabah 3 kes (38%), Perak 9 kes (28%), WP Kuala Lumpur & Putrajaya 8 kes (19%) dan Sarawak 4 kes (19%). Pada tahun 2012, bermula dari 1 Januari hingga 10 Mac, sebanyak 5,184 kes dilaporkan, meningkat sebanyak 739 kes atau 17% berbanding 4,445 kes bagi tempoh yang sama tahun 2011. Pada tempoh yang sama juga, sebanyak 16 kematian akibat demam Denggi dilaporkan berbanding hanya 8 kematian pada tahun 2011.

Sejumlah 115 lokaliti daripada 20 daerah mengalami wabak pada minggu lepas berbanding pada minggu sebelumnya (18 daerah) dan 5 daripadanya adalah lokaliti hotspot iaitu 1 hotspot di WP Kuala Lumpur & Putrajaya, 2 hotspot di daerah Hulu Langat serta 2 lagi di daerah Petaling. Dua (2) atau 40% daripada 5 lokaliti hotspot masih mempunyai kadar pembiakan Aedes melebihi kadar sensitif (Lampiran C). Didapati 80% tempat pembiakan dijumpai di luar rumah iaitu di dalam baldi, tayar, tempayan dan bekas plastik.

Penduduk adalah diingatkan untuk sentiasa memeriksa kawasan dalam dan luar rumah untuk memastikan tiada pembiakan Aedes. Memandangkan negara kita sedang mengalami musim hujan yang tidak menentu, ini akan menyebabkan air bertakung di dalam bekas yang boleh menakung air dan menjadi tempat nyamuk Aedes bertelur. Hanya dalam tempoh seminggu telur nyamuk akan menjadi nyamuk dewasa dan boleh menyebarkan virus Denggi. Tambahan pula, jumlah kes masih tinggi dan tren jangkitan masih meningkat. Oleh demikian, orang awam perlu bekerjasama untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk supaya kejadian wabak dapat dibendung. Penyakit demam Denggi amat berbahaya. Pesakit yang telah dijangkiti demam Denggi boleh mengalami komplikasi penyakit ini, seawal tempoh 3 hari selepas dijangkiti. Komplikasi demam Denggi yang selalu berlaku adalah demam Denggi Berdarah atau Dengue Shock Syndrome, yang boleh menyebabkan kematian.

 Oleh itu, masyarakat perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes. Langkah pencegahan yang mudah dan kos efektif ini boleh dilakukan oleh semua peringkat masyarakat dan ianya dapat menyelamatkan banyak nyawa termasuklah orang yang anda sayangi.
http://moh.gov.my/press_releases/271

laporan diatas Hak Milik Kementerian Kesihatan untuk bacaan Umum.

www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0142105606

No comments:

Post a Comment

Listen to Quran