PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Thursday, November 24, 2011

3. Kem Komandan / Ketua Fasilitator


3. Kem Komandan / Ketua Fasilitator
Hairul Anuar Bin Sobikin merupakan seorang pendidik proaktif dan prolifik dalam usaha membina generasi pelapis kepimpinan negara. Beliau mendapat ijazah dalam bidang pendidikan Sains (Biologi) dengan minor Kimia dari Universiti Teknologi mara malaysia (UiTM). Memiliki sijil Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Johor, dan kini sedang meneruskan usaha menamatkan usaha menamatkan sijil Pengajian Maklumat (IT) secara luar kampus.
           Penglibatan beliau dalam gerak kerja berorganisasi bermula apabila diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Kompeni 1 (Kokurikulum kadet Bomba dan Penyelamat UiTM), Timbalan Presiden Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pendidikan, dan Timbalan Naib Presiden Persatuan Mahasiswa hadhari UiTM.
Beliau turut aktif dengan gerak kerja kesukarelawanan dan badan bukan kerajaan. Kini beliau merupakan ketua Ikatan Remaja Murni (IRAMA-TERAS cawangan Batu Pahat), Sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid Negara (Islamic Outreach ABIM), dan Ahli Jawatankuasa Penaja untuk Persatuan Belia Daya Guru Malaysia (G-Force Malaysia).
Dalam bidang latihan dan pembangunan modal insan, beliau merupakan fasilitator bertauliah untuk modul Latihan Pembangunan dan Kepimpinan  Pelajar (HEP UiTM Malaysia), fasilitator terlatih untuk modul Solat Bestari Jabatan Agama Islam Selangor, Fasilitator Senior untuk modul kepemimpinan MOKAZ Resources, Ketua fasilitator untuk modul FURSAN Mujaddid Dunia (Fursan Training and Consultancy) dan fasilitator jemputan bagi beberapa konsultan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Beliau kini sedang menyiapkan tugasan akhir bagi menamatkan pengajian di Akademi Fasilitator, Choosen One Management sebelum meneruskan agenda sebagai jurulatih bertauliah. Bermula 2010, beliau mula aktif menerima undangan sebagai penceramah bagi slot motivasi, kreativiti, komunikasi dan perkembangan sahsiah unuk pelajar, remaja dan organisasi belia. ©www.cikguhairul.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Listen to Quran