PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Monday, February 28, 2011

latihan PSV tingkatan 1 . garisan


BAB 1: GARISAN
Setelah tamat bab ini, saya mestilah mampu untuk :
1.1 Mengenalpasti jenis-jenis garisan yang wujud pada benda alam dan benda buatan manusia.
1.2 Mendapat pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai bahan, media dan teknik yang dapat menghasilkan kesan garisan berlainan.
1.3 Memahami penggunaan jenis garisan dan cara susunan garisan yang tertentu supaya dapat menimbulkan keadaan gambaran yang dikehendaki.
1.4 Mengetahui garisan dapat menghasilkan irama dan pergerakan, corak, ton ruang dan bentuk dalam ciptaan seni visual.
____________________________________________________________________________________
1. Garisan adalah cantuman satu siri ______________yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak tertentu.

2. Terdapat pelbagai jenis garisan pada benda ______ semulajadi dan benda ________ manusia

3. Pelbagai bahan, media, dan teknik dapat menghasilkan kesan garisan yang berlainan.

Garisan hasil pelbagai media dan bahan.
Garisan hasil pelbagai teknik
Menggunakan cat air (berus halus dan lembut)
Teknik Anyaman (garisan berkisi-kisi)
Cat Poster ( Berus Keras dan kasar)
Teknik Tiupan ( Garisan tebal beransur nipis)
Menggunakan pensel 4B
Teknik Renjis ( Garisan berpancar, melengkung dan beralun)

4. Fungsi Garisan
-Garisan Melintang menghasilkan gambaran _______________
-Garisan menegak menghasilkan gambaran _______________dan ___________
-Garisan pepenjuru menghasilkan gambaran _________________.
-Garisan pancaran memberi gambaran _________________.

5. Garisan Menimbulkan irama dan pergerakan
-Pergerakan ombak laut             = garisan _______________
-Pergerakan air hujan                 = garisan _______________

6. Ulangan Garisan dapat mencipta _________ tertentu pada objek alam, objek buatan manusia, kraf tangan dan hasilan seni visual.

7. Ulangan susunan garisan dalam arah tertentu dapat menimbulkan fom atau bentuk.
-Garisan ____________, ___________ dan ____________ digunakan untuk menunjukkan bentuk yang mempunyai permukaan rata.
-Garisan melengkung lebih sesuai digunakan untuk menghasilkan bentuk-bentuk yang mempunyai permukaan ________.

8. Susunan garisan dalam pelbagai gaya dapat menimbulkan kesan ______
-Garisan tebal yang disusun rapat-rapat menghasilkan ton ________.
-Garisan Nipis yang disusun rapat-rapat menghasilkan ton yang _______ gelap dari garisan nipis yang disusun jarang-jarang.
-Ulangan garisan yang sama tebal tetapi berbeza _______ juga menghasilkan ton yang berlainan.

9. Garisan sentiasa digunakan dalam seni visual untuk menunjukkan ilusi _________.
-Garisan melintang yang tebal dan rapat menunjukkan ruang yang ________ manakala yang nipis dan jarang pula menunjukkan ruang yang ________.
-Garisan yang _____________ juga menimbulkan ilusi ruang.
-Garisan yang terpancar dari satu titik menunjukkan ruang yang beransur ___________.
-Garisan menegak yang panjang di hadapan kemudian beransur pendek ke belakang menunjukkan ruang ____________


 

Titik-titik            alam     buatan  perspektif         kembang           melengkung      dekat                pergerakan             gelap    lebih     jarak                 ruang                melintang          menegak           menyerong        bulat     corak            putus-putus       beralun             tenang              teguh                bertenaga         stabil    ton       jauh                                          ©www.cikguhairul.blogspot.com

2 comments:

  1. wah cikgu ni mcm nak mngjr dlm blog je siap bg ltihan lgi..

    ReplyDelete
  2. Terbaik lah latihan tu.... Hrp Ada latihan lain lg tuk semua bab. Tkasih.

    ReplyDelete

Listen to Quran