dlm blog ni draf je....
datang ke pejabat sekolah, dan bersedia untuk bertugas. tetapi oleh kerana kedangkalan pengetahuan terhadap prosedur, maka hari mula bertugas terpaksa ditunda. ye la, mestila nak kena proses dan isi borang, bawak fotostate sijil dll
hari 1- alhamdulillah, dah siap proses...dan saya dipanggil bertugas esoknya....hari khamis....bagusla...dan mengikut pertukaran, saya akan ganti mengajar BM dan BI....
hari 2-En Hairul, awak dah susun kertas soalan untuk pelajar?...(eh, soalan apa?) .rupanya say perlu rezo dan agihkan soalan exam untuk semua pelajar ting 1...pagi dan petang....minggu depan dah periksa, hari selasa.....(dan esok dah jumaat........apa lagi bermaraton la en hairul kesana-kemari .....dan terpaksa menstepler kertas soalan jam 1 pagi)..
malangnya, "cikgu hairul, awak bertugaskah? ...tak...tolong ni pegang kamera dan amik gambar..." hahah...terpaksalah en hairol ini berlagak macam kemeraman professional di hadapan beribu-ribu biji mata........(baru tersedar, gambar yang banya diambil hanyalah gambar wajah-wajah wanita berbanding wajag aktiviti perasmian kemerdekaan tersebut......".....(dah tersnap,,,nak buat macm mana,,,)
hari 4-oleh kerana ada cikgu baru datang, maka awak akan ditukar. daripada mengajar BM n BI kepada mengajar MATH..boleh ke?........awak akan ditukar petang....boleh ke?.......hahah...BOLEH je La jawapannye....takkan nak tolak kot memikirkan sekolah ni tidak cukup cikgu math dan cikgu baru yang datang tu TESL yang tak mungkin larat nak ajar math.....(walaupun aku pernah buat huru-hara sewaktu menentang minor math dahulu, maka hari ini terpaksa tunduk kepada jodoh baru dengan kekasih bernama matematik. selamat bercinta dengan siti matematik wahai encik Hairul"...
hari 5-mujurlah kertas matematik ting 2 tu mudah ditanda....alhamdulillah. siap. tapi malangnya, . . markah terendah adalah 1/30 dan markah tertinggi adalah 30/30.-----------
hari 6"kita nak buat tayangan filem untuk kemerdekaan. filem apa yang sesuai ye?' bukit kepong? embun?pendekar bujang lapok dll....awak tolong carikan Hairul......""
hahaha...itu je point nye...ok la...dan akhirnya, HATI MALAYA yang terjumpa....walaupun dalam hati mengatakan bahawa budak-budak form 2 itu akan terbongkang kebosanan menontonnya........
hari 8-hairul, nanti hari jumaat, awak bersedia dengan tazkirah ye.(setiap pagi jumaat sekolah kami akan adakan slot kerohanian)..buat slide show ke video ke dll...supaya student minat........(jawapan yang sama....baiklah nanti saya usahakan....)
hari 9-En Hairul,. awak tengok papan kenyataan tak?...awak kena buat persembahan PPSMI untuk matematik...kalau ikut jadual bulan ni (HAH)...tapi tak apalah,..... awak bincag dengan cikgu sorang lagi,,,, buat bulan depan............( dalam perkiraan logik, tarikh yang dirancangkan untuk bulan hadapan adalah 2 hari selepas naik cuti raya.....dan hanya ada 5 hari sahaja untuk membuat persediaan.....kecuali anda yakin anda boleh bersedia pada hari isnin, dan buat persembahan pada hari selasa...).......HAHAHA....gelak sendiri la jawabnya....
hari 10- "hairul, masa perasmian nanti, awak jadi posmmen ye....pakai baju posmen, naik motor, pakai topi keledar dan serahkan surat ni kepada pengetua untuk gimik..........." terpaksalah, sebab tak ada cikgu lelaki yang saiznya sekecil kamu...dan baju posmen yang kita dapat pinjam tu pulak sais M...memang saiz awak pon....' kalau nak suruh pelajar, huru-hara nanti........hanya satu jawapan..........iyela....(HARI ISNIN DEPAN SAYA JADI POSMEN )
hari 11-hah...hairul, sini kejap...masuk bilik disiplin......'cuak jugak'............rupa-rupanya 'awak tolong saya.kami dah buntu dah ni nak cari lagu untuk gimik ambang kemerdekaan. cari lagu dan download dari youtube ni...mcm mana ni??' .......alhamdulillah, mujurlah UiTM telah mengajar cara-cara mendownload youtube hahaha....
hari 12- nama saya tersenarai untuk persembahan majlis penutup kemerdekaan.......dan alangkah terkejutnya apabila mendapati tarikh itu adalah hari pertama setelah 2 minggu bercuti hari raya.
SESIAPA ADA CADANGAN PERSEMBAHAN, TOLONGLA BERITAHU.kami agak buntu memikirkannya........kerana kami hanya ada 3 hari sahaja untuk bersekolah...dan 20 hari untuk bercuti, sebelum persembahan pada hari pertama naik sekolah esok.....BANTULAH KAMI..........
memoir ini hanyalah catatan peribadi. tidak layak dijadikan pertimbangan dan bahan sehingga menimbulkan sebarang isu......
No comments:
Post a Comment