PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Saturday, June 27, 2009

Peluasan Sekolah Bestari : Antara P&P dan skor A

Peluasan Sekolah Bestari : Antara P&P dan skor A
29/04/2005 12:07 p.m.

SEJAK tahun 2004, banyak pihak memperkatakan mengenai peluasan Sekolah Bestari.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyuarakan hasrat beliau untuk memperluaskan Sekolah Bestari ke semua 10,000 buah sekolah. Kerajaan dijangka meletakkan bajet yang besar dalam RMK9 untuk melaksanakan peluasan ini.

Harapan saya keseluruhan peruntukan ini digunakan sebaiknya dalam proses membestarikan sekolah-sekolah.

Kembali kepada persoalan saya pada minggu yang lalu, setelah serba sedikit saya sentuh mengenai falsafah dan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sekolah Bestari, minggu ini saya ingin membincangkan persoalan adakah P&P yang sedia ada tidak memadai.

Sebagai sebuah negara yang sedang ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggi, masyarakat yang memandang jauh kehadapan, inovatif serta penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa hadapan, berfikiran kritikal dan yang bersedia untuk mengambil bahagian dalam ekonomi global di abad ke-21 ini.

Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua pihak sama ada ia pembuat dasar pengetua, guru besar, pelajar, ibubapa, masyarakat dan guru.

Proses P&P atau pedagogi yang telah dilatih bagi setiap guru ketika mereka hadiri kursus mahupun diploma pendidikan adalah mencukupi.

Saya pasti pembelajaran masteri di titik beratkan. Guru-guru pasti didedahkan dengan pelbagai strategi pembelajaran iaitu `directive' seperti memberi arahan, latih tubi dan latihan.

Manakala `observation' seperti pemerhatian dan `mediative' seperti mengaplikasikan pengetahuan secara perbincangan terbuka.

Saya juga pasti strategi pembelajaran yang lebih tinggi seperti konstruktif, kolaboratif, kontekstual dan kognitif juga turut dibekalkan kepada guru-guru.

Strategi pembelajaran yang lebih tinggi ini akan membina satu situasi pembelajaran yang lebih menarik, menggalakkan serta merangsangkan minda.

Setiap pelajar berpeluang meningkatkan diri dengan mengambil kira pelbagai kebolehan pelajar serta gaya pembelajaran pelajar.

Proses pemikiran kritis dan kreatif dalam diri pelajar terbentuk di sini.

Jika kesemua iaitu ketujuh-tujuh strategi pembelajaran ini dikuasai dan dipraktikkan oleh guru-guru, tidak keberatan untuk saya katakan bahawa mereka ini adalah guru-guru yang telah mengamalkan pengajaran dan pembelajaran bestari.

Dan sekolah mereka boleh diiktirafkan sebagai Sekolah Bestari.

Namun begitu ramai di kalangan guru-guru mengamalkan strategi pembelajaran `directive', `observational' dan `mediative' sahaja iaitu secara arahan, latih tubi, pemerhatian dan perbincangan.

Ini adalah kerana guru-guru terlalu tertekan dengan kehendak peperiksaan.

Guru-guru dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan termasuklah kesemua 88 buah Sekolah Bestari yang ada.

Dengan tanggungjawab yang berat ramai guru menitikberatkan strategi menjawab soalan daripada strategi belajar.

Jika proses pembelajaran ini berterusan implikasinya pelajar-pelajar tidak dapat berfikir secara kritikal, tidak kreatif mahupun inovatif dan akhirnya harapan negara untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan tidak akan tercapai.

Setiap guru perlu membuat refleksi diri, adakah apa yang mereka praktikkan selama ini menyumbang kepada `knowledge society'.

Pihak Kementerian juga perlu melihat secara menyeluruh untuk memastikan sukses kepada perluasan Sekolah Bestari ini.

Saya percaya peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah sangat penting bagi mencapai hasrat tersebut.

Bermula dari pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke peringkat Universiti.

Sesebuah masyarakat tidak terbentuk dalam masa sehari tetapi satu proses yang lama yang mungkin mengambil masa berbelas tahun.

Ini mengingatkan saya dalam satu Education Summit yang saya hadiri pada tahun 2004, secara terbuka saya menyuarakan rasa tidak puas hati apabila keseluruhan forum selama dua hari tidak menyentuh mengenai kepentingan alam persekolahan dan hanya lebih berfokus kepada pembelajaran di universiti.

Yang menyedihkan jawapan yang saya terima daripada seorang VC dari sebuah Universiti, pada pandangan beliau guru mengajar secara latih tubi sudah mencukupi yang pentingnya pelajar mendapat skor A.

Saya berharap tidak ramai yang berfikiran sebegini terutama mereka yang akan terlibat dalam pembentukan dasar pendidikan negara.

Kerana jawapan beliau menunjukkan bahawa beliau tidak tahu betapa pentingnya sekolah terutama dalam pembentukan insan dan masyarakat berpengetahuan walaupun beliau seorang profesor di universiti.

Proses pembelajaran di sekolah seolah-olah begitu tidak penting bagi beliau.

Dan yang lebih menyedihkan lagi keseluruhan forum selama dua hari itu tidak langsung menyentuh isu-isu yang disebut dalam ucapan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia seperti yang diharapkan.

- cikguwan2002@yahoo.com

No comments:

Post a Comment