PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Tuesday, May 14, 2013

Edisi Rejab Mei 2

Edisi Rejab Mei 2






EDISI KEDUABELAS DISEMBER 2012
EDISI KESEBELAS NOVEMBER 2012

EDISI KESEPULUH OKTOBER 2012
EDISI KESEMBILAN SEPTEMBER 2012



EDISI KELAPAN OGOS 2012
EDISI KETUJUH JULAI 2012


EDISI KEENAM JUN 2012
EDISI KELIMA MEI 2012

EDISI KEEMPAT APRIL 2012
EDISI KETIGA MAC 2012





EDISI KEDUA FEBRUARI 2012







EDISI PERTAMA JANUARI 2012




www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0142105606
www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0136607046

Saturday, May 11, 2013

GEN QConvent REJAB/mei


www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0136607046

soalan dari blog: panel menu NEW PAGE

 
 pada panel setting, sila scroll ke panel PAGE.

 di tepi sebelah kiri juga akan keluar panel page. setelah tekan panel ini,sila pergi ke NEW PAGE untuk membuat page baru.

menu page merupakan template sedia ada bagi blogger. sekiranya tuan telah mengubah template selain daripada template yang disediakan oleh blogger, saya tidak pasti kod HTML untuk PAGE ini.
adakah ini membantu?
saya menali-alukan maklumbalas tuan.
www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0136607046

Friday, May 10, 2013

11mei13

11mei13-perjumpaan kokurikulum badan beruniform 8.00-10.00pg dan kelas tambahan akademik.10.30-12.30t/hari. KEHADIRAN ADALAH WAJIB. http://cikguhairul.blogspot.com/p/kokurikulum.html 

klik untuk download BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI.
 https://docs.google.com/file/d/0B8vSY7cGEZOwMmZFazlVVERGMTg/edit?usp=sharing

10.30-12.30t/hari

MESYUARAT PENYELARASAN SIDANG REDAKSI SEKOLAH.
 agenda
a. kulit hadapan penyelarasan
b. isi kandungan dan kata alu aluan.penyelarasan
c.profil sekolah penyelarasan
d,pencapaian sekolah penyelarasan  jan-feb-mac-apr
e.takwim penyelarasan status jan-feb-mac-apr
f. unit beruniform. penyelarasan fotografi dan laporan
g.  cetusan idea penyelarasan kutipan karya
h. iklan  penyelarasan
i. kulit belakang iklan

12.30t/hari-1.30ptg

MESYUARAT UNIT ICT SMK CONVENT 3/2013_in my mind_
1. Kata alu aluan
2.pengesahan minit mesyuarat lepas
3. hal berbangkit.
4.agenda
a. laporan CC pelajar.
b.laporan minggu ICT
c. laporan kelas literasi & jadual penggal kedua.
d.perancangan penggal kedua 2013-khidmat masyarakat PSK
e. penyelarasan pertandingan LIGA REMAJA KREATIF
f.penyelarasan pertandingan DASHBOARD CBP FROGGIES
g. Penyelarasan pertandingan PIDM MONEYSMART FOTOGRAFI
h. Pertandingan PIDM MONEYSMART ONLINE FB GAME
i. Pertandingan mereka kulit majalah BESTARI
j.penyelarasan pertandingan INOVASI SAINS PPD.
k. Penambahbaikan bilik cetak komputer guru.
l.Status dan laporan FROG VLE.
m. baikpulih komputer syarikat En fauzi (6 unit)
n. baikpulih komputer makmal
o. Status dan laporan internet.-borang maklumbalas dan aduan ICT di bilik guru.


www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0136607046

Tuesday, May 7, 2013

ETIKA DI ALAM SIBER

ETIKA DI ALAM SIBER
Oleh
Zuridah Hanim bt Md. Akhir
(SEPERTI YANG DISIARKAN DALAM DEWAN SISWA FEBRUARI 2013)
Kes 1:
Avatar :  Aaron Aziz
Nama pena : Pemuda kacak
Kerjaya : Pramugara
Identiti sebenar : pelajar lelaki tingkatan dua

Kes 2 :
Avatar :  Song  Hye Kyo  (Artis Korea) Song Hye Kyo
Nama pena : Annyeong Hasayo
Kerjaya : Model Sambilan
Identiti sebenar : pelajar perempuan  darjah enam.

Fenomena ini bukanlah suatu yang luar biasa. Ramai yang bersembunyi di sebalik wajah orang lain apabila berinteraksi di alam siber. Berdasarkan perangkaan pada tahun 2008, remaja antara  umur 15  hingga 19 tahun merupakan peratusan pengguna terbesar di alam siber. Anak-anak yang dilahirkan antara tahun 1980an hinggalah penghujung 2001 atau lebih sinonim dengan nama Generasi Y telah menjadikan internet terutamanya laman jaringan sosial seperti “Facebook”, “You Tube”, “Twitter” dan “Myspace” sebagai sebahagian daripada keperluan hidup mereka. Malah adalah menghairankan dan dianggap tidak mengikut tren seandainya mereka tidak mempunyai akaun e-mel sendiri.  Dunia siber umpama  ruang pasar yang amat luas, misteri, bersifat global dan segalanya yang berlaku tidak mewajibkan kita bertemu secara nyata di alam sebenar.

Apakah yang dimaksudkan dengan alam siber ? Menurut kamus Dewan, siber bermaksud sesuatu yang dikaitkan dengan komputer dan internet. Istilah dunia siber mula diperkenalkan oleh seorang penulis sains fiksyen, William Gibson pada tahun 1984.  Menerusi buku fiksyennya yang bertajuk  “Neuromancer”, beliau menggambarkan alam siber sebagai satu istilah tekno yang berfungsi sebagai kata laluan untuk semua idea sibernatik. Kini istilah ini digunakan secara meluas untuk menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan komputer, teknologi  maklumat,  internet dan pelbagai budaya internet yang merujuk kepada dunia atas talian sebagai media komunikasi.bulan membaca 1 027
Selaras dengan perkembangan internet Web 2.0, berlaku gelombang besar dalam peranan pengguna siber. Mereka tidak lagi sekadar menjadi pemerhati tetapi turut menjadi penyumbang kepada kandungan laman web. Menerusi aplikasi jaringan sosial seperti Twitter dan Facebook, ruangan forum dan blog, pengguna disediakan platform untuk menyumbangkan bahan seperti gambar (flickr), video (You Tube), lagu (Project Playlist) mahupun urusniaga jual beli produk menerusi mudah.com, eBay atau lelong. Peranan yang dimainkan oleh setiap individu  di alam siber membolehkan setiap insan mempunyai kuasa tersendiri walaupun bersembunyai di sebalik ‘avatar’ dan nama samaran. Risiko kecurian maklumat peribadi, gambar dan video yang dimuat naik amat tinggi apatah lagi ramai pengguna khasnya golongan remaja dengan mudah mendedahkan maklumat diri masing-masing.  Keadaan ini mendedahkan pengguna khasnya golongan remaja kepada jenayah di alam siber !

Jenayah Alam Siber
Menurut CyberSecurity Malaysia, sebanyak 4000 kes jenayah siber telah dilaporkan sejak tahun 2008. ZDNet Asia pula melaporkan 75 peratus responden di rantau ini mengatakan sistem mereka dicerobohi penjenayah siber pada tahun 2009. Kes-kes ini biasanya melibatkan penggodam professional yang mempunyai tahap kemahiran komputer yang tinggi sehingga berjaya menceroboh laman-laman web persendirian,  kerajaan dan bank-bank bertaraf antarabangsa. Kesannya, berlaku proses pindahan wang bernilai jutaan ringgit. Kes-kes sebegini tidak harus dipandang ringan kerana jenayah siber yang dilakukan oleh penggodam profesonal ini hanya perlu mendapatkan  maklumat menerusi akaun e-mel peribadi mangsa. Kecurian maklumat peribadi  bermakna  penggodam bebas melakukan apa sahaja dengan menggunakan identiti mangsa ! Terdapat beberapa kes jenayah siber  berlaku yang hanya bermula dari pencerobohan akaun e-mel peribadi
  1. Akaun e-mel digunakan untuk menghantar   mesej berbentuk lucah kepada teman-teman, rakan sekerja, klien-klien dan   majikan. Kesannya, mangsa dibuang kerja atas alasan beliau merupakan individu  yang tidak beretika dan memalukan organisasi.
  2. Transaksi pengeluaran wang menerusi   perbankan internet oleh pihak ketiga. Terdapat penggodam licik yang membuat tranksaksi secara berkala tetapi berterusan melibatkan ratusan akaun peribadi sehingga tidak disedari oleh pemilik sebenar akaun.
  3. Mangsa ditipu menerusi laman web ‘bank  palsu’. Apabila mangsa melayari laman web tersebut untuk membuat perbankan internet dengan memasukkan nombor akaun dan nombor pin, penggodam dapat  menjejaki identiti dan membuat transaksi di laman web bank sebenar.
  4. Mangsa dirogol  dan kemudian dilacurkan setelah keluar  dengan “kekasih’ yang dikenali secara maya. Mangsa berkenalan secara maya  menerusi ruangan ‘sembang’. Kebanyakan ibu bapa mangsa terkejut dengan kejadian      ini kerana beranggapan anak-anak mereka seorang yang anti-sosial dan lebih    gemar menghabiskan masa berada di rumah terutama di depan skrin komputer.
  5. Seorang remaja wanita terkejut dan menyesal   apabila rakaman aksi ghairahnya yang “dihadiahkan” kepada teman lelakinya  telah dimuat naik menerusi ‘You Tube’ setelah mereka bergaduh sehingga  menyebabkan perpisahan.
  6. Mangsa menerima e-mel dan mesej pesanan   ringkas (SMS)  palsu  kononnya dari Bank Negara Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, atau pengawai bank. Mangsa diminta membuat  pindahan wang atau memberikan nombor akaun beserta nombor  pin untuk memudahkan urusan. Maklumat      mangsa  diperoleh dari internet.
  7. Seorang remaja lelaki berusia sebelas  tahun  sering diganggu fidofilia   yang menghantar gambar porno kepadanya sehingga menyebabkan gangguan      emosi.
  8. Mangsa kehilangan kontrak jutaan ringgit   apabila e-mel yang ditunggu tidak kunjung tiba walaupun pengirim telah  menghantarnya beberapa kali. Kejadian ini berlaku apabila akaun e-mel  mangsa tiba-tiba penuh dengan ‘spam’ yang dihantar menyebabkan sebarang   mesej terbaru tidak dapat diterima.
20130117_123922
Dalam dunia internet hari ini, penggodam tidak semestinya  mereka yang benar-benar pakar dalam bidang komputer. Terdapat beberapa kes yang berlaku, penggodam hanyalah kanak-kanak atau remaja belasan tahun. Tiada keperluan khusus untuk menjadi penggodam kecuali berniat jahat, mempunyai kemahiran komputer dan tidak mudah putus asa berusaha. Tambahan pula teknik menggodam boleh didapati dengan mudah menerusi internet. Di samping itu, teknik penipuan juga membabitkan kes mencuri identiti,  spam, “phishing”, pencurian data, “malware” dan sebagainya.

Etika di alam Siber.
Para remaja boleh mengelakkan diri dari menjadi mangsa siber sekiranya berada di alam maya secara beretika. Pendedahan berkaitan jenayah siber perlu didedahkan supaya para remaja mengetahui risiko yag bakal diterima dan sentiasa berusaha untuk mengelak dari menjadi mangsa. Berfikirlah dahulu sebelum mendedahkan maklumat peribadi di ruang maya dan belajarlah kaedah melindungi diri dan pengguna lain daripada terjebak. Kepercayaan tidak boleh diberi kepada individu yang dikenali menerusi internet.
Terdapat beberapa garis panduan  yang perlu dipatuhi pengguna  komputer. Yang pertama, melaburlah untuk membeli program antivirus yang  baik dan menyediakan pertahanan yang secukupnya pada komputer peribadi anda. Sebaik-baiknya komputer peribadi anda mempunyai ‘firewall” untuk mengelakkan daripada mudah dicerobohi. Kata laluan perlu sentiasa dikemaskini dengan  penggunaan aksara yang lebih selamat dan sukar diakses oleh orang lain. Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi kepada orang lain.
Kedua, jangan sesekali membuka e-mel daripada orang yang tidak anda kenali, yang tiada tajuk atau meragukan. Terus buang e-mel berkenaan. Jika anda membuka juga e-mel berkenaan, pastikan anda tidak terus menekan pada pautan yang disediakan. Biasanya transaksi rasmi dalam talian tidak akan menghantar emel yang mempunyai pautan di dalamnya.
Seterusnya, berhati-hatilah apabila bersembang menggunakan ruangan ‘chatting atau messenger’ dengan orang yang tidak dikenali. Sebaiknya, abaikan sahaja mesej yang diterima. Penipu biasanya mempunyai kemahiran hebat mempengaruhi mangsa dengan kata-kata. Elakkan menjadi terlalu peramah atau memasang angan-angan  mencari  kenalan di ruangan maya. Banyak kes rogol, penculikan dan pembunuhan bermula daripada ruangan sembang di internet. Jangan mudah membuat temu janji. Sekiranya anda bersetuju untuk bertemu, anda sebenarnya telah meletakkan sebelah kaki anda dalam perangkap mereka.
Keempat, jangan buka sebarang lampiran (“attachment”) yang  dihantar tanpa dimbas terlebih dahulu. Terdapat juga lampiran yang dihantar menggunakan identiti  mereka yang dikenali. Identiti ini boleh diperoleh dengan mencuri masuk ke dalam “Microsoft Outlook” pada komputer. Di samping itu, jangan mudah terpedaya dengan godaan untuk menjadi  kaya dengan cepat  menerusi pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda. Sebaik-baiknya hadirilah kursus pemasaran di internet yang dianjurkan secara berdaftar sekiranya akan berminat mencari  wang sampingan di internet.
Selain itu, jangan mudah mengeluarkan wang sebagai deposit untuk mendapatkan sesuatu yang dijanjikan. Antara yang kerap menarik perhatian remaja kini ialah menjadi responden soal selidik yang kononnya diuruskan oleh agen yang bekerja untuk syarikat korporat atau bekerja sampingan di rumah untuk menjana pendapatan. Iklan sebegini memerlukan anda mengeluarkan sedikit wang sebagai modal. Sebenarnya kebanyakan syarikat yang terlibat tidak membuat sebarang perniagaan yang dijanjikan sebaliknya memperoleh pendapatan menerusi kutipan deposit secara berantai daripada mangsa.
Gunakanlah fikiran yang rasional dan waras semasa membuat penilaian untuk  mendapatkan sebarang sumber maklumat di internet. Tidak semua yang dipaparkan dalam internet adalah benar. Malah terdapat penulis blog yang menggunakan internet sebagai media untuk mempengaruhi orang lain. Bagi remaja Islam, penilaian yang teliti perlu dibuat kepada sebarang fakta terutama yang melibatkan hukum hakam Islam. Pastikannya anda mendapat fakta yang betul daripada laman web yang berdaftar.
Sebagai remaja yang kebanyakkannya masih menuntut ilmu, internet merupakan sumber terpantas bagi mendapatkan maklumat. Setiap ilmu yang diperoleh perlu dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan. Jangan sesekali mempunyai niat mencari ilmu yang boleh memudaratkan diri dan orang lain. Kebebasan memperoleh maklumat di hujung jari ini memerlukan kekuatan dalaman diri agar wujud satu dinding yang memisahkan kita dengan maklumat-maklumat yang tidak perlu.
Akhir sekali, letakkan tujuan sebenar kita melayari internet. Jangan sesekali tersilap dan tergoda dengan paparan untuk melayari laman web yag boleh menggoda diri atau menaikkan nafsu anda. Elakkan sama sekali melayari laman web porno. Bukan sahaja berdosa di sisi agama, malah laman web porno akan melahirkan generasi muda yang rosak pemikirannya, mempunyai minda yang kotor serta boleh menyebabkan ketagihan yang teruk. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Ketagihan melayari laman web porno sama seperti mengalami masalah ketagihan dadah, arak atau seks yang sukar diatasi. Gejala ini turut memberi kesan kepada kesihatan diri dalam jangka panjang.
Sebagai langkah perlindungan,  para remaja boleh mengambil langkah-langkah berikut semasa menggunakan internet:-
  1. Melindungi maklumat peribadi dengan tidak memberi nombor akaun anda      kepada orang yang tidak dikenali.
  2. Melindungi kata laluan dan tidak mendedahkan kepada orang lain. Hal      ini termasuklah tidak melekatkan kata laluan di tempat umum atau      menyimpannya di dalam dompet. Dikuatiri apabila anda kehilangan dompet,      anda juga turut kehilangan pelbagai benda lain termasuk maruah diri.
  3. Mengenali dan tahu  dengan      siapa anda berurusan  menerusi ruang      internet.
  4. Sentiasa mengemaskini perisian anti-virus, anti-spyware dan      mempunyai ‘firewall` yang aktif untuk melindungi komputer anda.
  5. Senantiasa membuat salinan pada fail-fail yang penting dan disimpan      di tempat yang selamat.

Tindakan yang Melanggar Etika
Selaku pengguna internet yang beretika, para remaja perlulah menyedari bahawa adalah menjadi satu kesalahan sekiranya melakukan perkara-perkara berikut di ruang maya samada  secara langsung mahupun tidak langsung dengan bersubahat dengan orang lain dalam aktiviti  :-
  1. Menyalur sebarang      bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau      menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar Negara.
  2. Menggalakkan perilaku      yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan serta perlanggaran undang-undang      Malaysia dan antarabangsa.
  3. Menganjurkan aktiviti      yang membahayakan individu, organisasi atau masyarakat.
  4. Menggalakkan,      membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, surat      berantai dan skim piramid serta lain-lain aktiviti yang dilarang oleh      Perlembagaan Malaysia.
  5. Menghantar iklan yang      tidak dikehendaki menerusi emel, sengaja membanjiri akaun e-mel orang lain      dengan menghantar emel yang sama atau bersaiz besar atau menghantar mesej      yang sama kepada banyak kumpulan berita (“newsgroup”).
  6. Memalsukan e-mel      untuk mengelirukan penerima.
  7. Menceroboh      (“hacking”) sistem kepunyaan orang lain secara haram sehingga terdapat      gangguan sistem.
  8. Memberi maklumat yang      salah kepada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian termasuk      memalsukan kad kredit.
  9. Melaksanakan sebarang      bentuk pemantauan rangkaian bagi mencuri atau memintas data pihak lain.

Semuanya di hujung jari anda !  Perubahan gaya hidup dan ledakan kemajuan maklumat memerlukan etika yang tinggi agar kita dapat sama-sama melahirkan generasi celik komputer yang beretika. Sememangnya remaja hari ini mempunyai cabaran besar dalam menentukan kesahihan maklumat, mengelakkan diri dari menjadi pelayar web negatif dan tidak mengunakan ruang maya untuk mengfitnah.  Elakkan daripada melakukan pencemaran bahasa . Pepatah Melayu ada menyebut
“Yang kurik itu Kendi , yang merah itu saga”
“Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa “
Remaja yang menyentuh papan kekunci komputer perlulah mengamalkan etika yang telah digariskan dan melayari internet dengan penuh tanggungjawab supaya perubahan corak hidup moden yang kita alami hari ini tidak akan merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa komunikasi kita seharian. Jangan biarkan fikiran dan tindak tanduk kita dijajah oleh alam siber dan jaringan maya ciptaan kita sendiri. Jadikanlah pegangan agama sebagai rujukan. Segalanya ditangan kita ! http://pssmkcas.wordpress.com/2013/05/02/etika-alam-siber/

www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0136607046

Gantt Chart daripada Microsoft excell

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan nama allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Berikut merupakan pautan ke template Gantt Chart menggunakan microsoft excell.

 http://www.robertmcquaig.com/blog/solutions/excel-gantt-chart/

apa itu Gantt Chart?
sila rujuk nota berikut:

Gantt chart is a type of bar chart, developed by Henry Ganttin the 1910s, that illustrates aproject schedule. Gantt charts illustrate the start and finish dates of the terminal elements and summary elements of aproject. Terminal elements and summary elements comprise thework breakdown structure of the project. Some Gantt charts also show the dependency (i.e. precedence network) relationships between activities. Gantt charts can be used to show current schedule status using percent-complete shadings and a vertical "TODAY" line as shown here.
Although now regarded as a common charting technique, Gantt charts were considered revolutionary when first introduced.[1] In recognition of Henry Gantt's contributions, theHenry Laurence Gantt Medal is awarded for distinguished achievement in management and in community service. This chart is also used in information technology to represent data that has been collected.

www.cikguhairul.edu.my boleh dihubungi melalui FB dan YM di cikgu.hairul@yahoo.com atau SMS 0136607046
Listen to Quran