PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Monday, February 28, 2011

PERBARISAN SMKCBP.wmv

latihan PSV tingkatan 1 . garisan


BAB 1: GARISAN
Setelah tamat bab ini, saya mestilah mampu untuk :
1.1 Mengenalpasti jenis-jenis garisan yang wujud pada benda alam dan benda buatan manusia.
1.2 Mendapat pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai bahan, media dan teknik yang dapat menghasilkan kesan garisan berlainan.
1.3 Memahami penggunaan jenis garisan dan cara susunan garisan yang tertentu supaya dapat menimbulkan keadaan gambaran yang dikehendaki.
1.4 Mengetahui garisan dapat menghasilkan irama dan pergerakan, corak, ton ruang dan bentuk dalam ciptaan seni visual.
____________________________________________________________________________________
1. Garisan adalah cantuman satu siri ______________yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak tertentu.

2. Terdapat pelbagai jenis garisan pada benda ______ semulajadi dan benda ________ manusia

3. Pelbagai bahan, media, dan teknik dapat menghasilkan kesan garisan yang berlainan.

Garisan hasil pelbagai media dan bahan.
Garisan hasil pelbagai teknik
Menggunakan cat air (berus halus dan lembut)
Teknik Anyaman (garisan berkisi-kisi)
Cat Poster ( Berus Keras dan kasar)
Teknik Tiupan ( Garisan tebal beransur nipis)
Menggunakan pensel 4B
Teknik Renjis ( Garisan berpancar, melengkung dan beralun)

4. Fungsi Garisan
-Garisan Melintang menghasilkan gambaran _______________
-Garisan menegak menghasilkan gambaran _______________dan ___________
-Garisan pepenjuru menghasilkan gambaran _________________.
-Garisan pancaran memberi gambaran _________________.

5. Garisan Menimbulkan irama dan pergerakan
-Pergerakan ombak laut             = garisan _______________
-Pergerakan air hujan                 = garisan _______________

6. Ulangan Garisan dapat mencipta _________ tertentu pada objek alam, objek buatan manusia, kraf tangan dan hasilan seni visual.

7. Ulangan susunan garisan dalam arah tertentu dapat menimbulkan fom atau bentuk.
-Garisan ____________, ___________ dan ____________ digunakan untuk menunjukkan bentuk yang mempunyai permukaan rata.
-Garisan melengkung lebih sesuai digunakan untuk menghasilkan bentuk-bentuk yang mempunyai permukaan ________.

8. Susunan garisan dalam pelbagai gaya dapat menimbulkan kesan ______
-Garisan tebal yang disusun rapat-rapat menghasilkan ton ________.
-Garisan Nipis yang disusun rapat-rapat menghasilkan ton yang _______ gelap dari garisan nipis yang disusun jarang-jarang.
-Ulangan garisan yang sama tebal tetapi berbeza _______ juga menghasilkan ton yang berlainan.

9. Garisan sentiasa digunakan dalam seni visual untuk menunjukkan ilusi _________.
-Garisan melintang yang tebal dan rapat menunjukkan ruang yang ________ manakala yang nipis dan jarang pula menunjukkan ruang yang ________.
-Garisan yang _____________ juga menimbulkan ilusi ruang.
-Garisan yang terpancar dari satu titik menunjukkan ruang yang beransur ___________.
-Garisan menegak yang panjang di hadapan kemudian beransur pendek ke belakang menunjukkan ruang ____________


 

Titik-titik            alam     buatan  perspektif         kembang           melengkung      dekat                pergerakan             gelap    lebih     jarak                 ruang                melintang          menegak           menyerong        bulat     corak            putus-putus       beralun             tenang              teguh                bertenaga         stabil    ton       jauh                                          ©www.cikguhairul.blogspot.com

latihan PSV tingkatan 1 . Rupa


BAB 2: RUPA
Penentuan hasil pembelajaran
Setelah mempelajari tajuk ini, saya sewajarnya mampu:
i)                    mengenal pasti berjenis-jenis rupa
ii)                  memahami ciri-ciri rupa geometri dan rupa organik
iii)                mempelajari olahan rupa positif dan rupa negatif
iv)                memerhati aplikasi rupa dalam penghasilan seni visual
v)                  mengkaji perhubungan antara rupa dengan corak
vi)                memahami fungsi muka taip serta bezanya antara muka taip serif. San serif dan muka taip hiasan
vii)              mengkaji ciri-ciri lambang yang berkesan serta perhubungannya antara rupa dengan lambang.
______________________________________________________________________
·   Spontan
·   Organik
·   Corak
·   Baru
·   Diingat
·   Kemas
·   Perhatian
·   Hidup
·   Huruf
·   Serif
·   Kreativiti
·   Dalam
·   Keliling
·   Mudah
·   Hiasan
·   Jisim
·   Titik
·   Geometri
·   Sempadan
·   Bersudut

 
Rupa
  1. Rupa ialah kawasan rata yang dilingkari oleh satu garisan luar dan tidak mempunyai ______.
  2. Rupa merupakan hasil pertemuan sesuatu garisan dengan ______ permulaannya.
  3. Terdapat dua jenis rupa iaitu rupa organik dan rupa geometri.
  4. Ciri-ciri rupa ­­­­­____________ ialah
    1.  Mempunyai __________ yang tepat.
    2. Direka dengan sengaja.
    3. Melengkung atau ­­­__________.
    4. Dicipta dengan menggunakan alat geometri
    5. Kelihatan kurang hidup kerana sempadan dikawal.
    6. Contoh: bulat, segitiga, segiempat, heksagon, rombus, dan sebagainya.
  5. Ciri-ciri rupa organik ialah:
    1. Tidak mempunyai sempadan yang tetap.
    2. Direka secara tidak sengaja.
    3. Tidak bersudut.
    4. Dicipta secara __________.
    5. Kelihatan _________ dan bergaya.
    6. Contoh: segala rupa bebas tanpa sempadan yang tetap.

Rupa positif dan rupa negatif
  1. Rupa dapat diolah secara positif atau negative.
  2. Rupa positif adalah rupa sesuatu objek yang terletak di _________ satu kawasan tertentu.
  3. Rupa negatif pula merupakan ruang di __________ rupa objek tersebut.

Fungsi rupa dalam penghasilan seni visual
  1. Rupa geometri dan organik boleh diolah secara positif atau negatif mengikut kreativiti pelukis.
  2. kedua-dua rupa geometri dan organik dapat diaplikasikan dalam gubahan seni grafik dan seni halus.
  3. Aplikasi rupa geometri menghasilkan gambaran yang tersusun, selesa dan ________ tetapi rasa bosan.
  4. Aplikasi rupa _________ menghasilkan gambaran yang rancak, berirama, bebas dan spontan.
  5. Aplikasi, kombinasi kedua-dua rupa geometri dan organik dapat menghasilkan gambaran yang pelbagai, bergaya dan dinamik.

Rupa dan corak
  1. Susunan rupa yang sama dalam bentuk ulangan tertentu dapat mencipta _______ yang menarik.
  2. Susunan rupa yang sama secara bersentuhan dalam gaya ulangan yang berlainan dapat menimbulkan rupa ________ yang menjadi bahagian negatif rupa asal.

Rupa dan muka taip
  1. Muka taip adalah jenis rupa dan bentuk __________.
  2. Ciri-ciri muka taip yang berkesan:
    1. ________ dibaca
    2. Menarik __________ pembaca tentang judul tajuk
    3. Menyatakan maksud sesuatu mesej.
  3. Rupa muka taip dapat dihasilkan dalam pelbagai gaya.
  4. Terdapat tiga kumpulan besar muka taip, iaitu:
    1. Muka Taip Serif (mempunyai serif, corak pena halus dan melengkung pada bahagian atas dan bawah huruf)
    2. Muka Taip San Serif (tidak mempunyai _________, bukan corak pena halus dan tidak melengkung pada bahagian atas dan bawah huruf)
    3. Muka Taip _________ ( dihias dengan corak-corak dalam bentuk rupa geometri, flora, fauna dan sebagainya.
  5. Lebih banyak contoh muka taip boleh didapati melalui laman web ataupun perisian computer tertentu.
  6. Ciri-ciri penting dalam penghasilan grafik yang menarik:
    1. Pengetahuan dalam jenis-jenis muka taip
    2. Kebolehan dalam membuat perubahan atau pindaan pada muka taip sedia ada.
    3. ____________ dalam mereka cipta muka taip yang baru.
  7. Grafik termasuk gubahan seperti logo, lambang, jenama, poster, risalah, kad ucapan, iklan dan sebagainya.

Rupa dan lambang
  1. Rupa boleh diringkaskan kepada lambang.
  2. Lambang mempunyai peranan penting dalam ciptaan seni grafik terutamanya dalam rekaan logo, symbol, dan jenama.
  3. Ciri-ciri lambang yang berkesan:
    1. Mempunyai daya tarikan yang hebat
    2. Biasanya dalam bentuk olahan rupa positif dan negative.
    3. Senang dikenal.
    4. Mudah _________
  4. Lambang boleh direka berdasarkan flora, fauna, bentuk manusia, objek buatan manusia, huruf dan angka, rupa geometri atau rupa abstrak.

www.cikguhairul.blogspot.com

Monday, February 21, 2011

Listen to Quran