PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Sunday, January 31, 2010

Fizik: Roket Botol air

1.A simple rocket can be built of an empty Coke or lemonade or F&N plastic bottle and etc. Partly filled with water and pressurised air, the rocket can be blasted high up or horizontal in the air. The pressurised air expels the water, which in turn creates the thrust to accelerate the rocket, counteracted by air resistance and the weight of the rocket. Maximum speeds are up to 200 km/h and the world record height is more than 300 m!Water Rockets are very educational and great fun for children (of all ages).

How it works, Find it on this blog.....
http://roketh2o.blogspot.com/


2.Kelab Aero Angkasa Malaysia N.Sembilan adalah merupakan sebuah kelab sukarela yang ditubuhkan untuk menanam minat kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mempelajari sains dan teknologi dalam suasana yang menyeronokkan yang mempunyai elemen aero angkasa, fizik, astronomi, kimia, matematik, kimia dan lain-lain elemen yang berkaitan.  

http://amal-ns.blogspot.com/

3.Professional development for educators by educators

The eMINTS National Center offers professional development programs created by educators for educators. Leading experts at the University of Missouri, the Missouri Department of Elementary and Secondary Education and the Missouri Department of Higher Education have collaborated to produce programs that
  • inspire educators to use instructional strategies powered by technology
  • engage students in the excitement of learning
  • enrich teaching to dramatically improve student performance
http://www.emints.org/ethemes/resources/S00001346.shtml

Thursday, January 28, 2010

siri 5: bahan baccan untuk pelajar

assalamualaikum.
maaf kerana lama tidak menghantar entri di sini.

pada kali ini saya ingin berkongsi satu lagi aktiviti untuk kelas relief. jika cikgu-cikgu ada koleksi majalah (sekurang-kurangnya 15 naskah), cikgu boleh gunakan majalah tersebut untuk mengisi masa pelajar. saya pernah membawa majalah readers digest dan menyuruh pelajar mencari perkataan baru di dalamnya. (aktiviti bergantung kepada pencapaian murid).

selain majalah readers digest, saya juga pernah membawa majalah visi, dan majalah arus sains.

namun sayugia diingatkan, tahap pelajar perlulah diambil kira. saya menyedari bahawa jika bahan bacaan yang dibekalkan terlalu berat, mereka tidak akan membacanya dan kesannya juga rendah. Bahan baccan yang sesuai (berwarna, ada kartun dsb) akan menarik minat pelajar.

aktiviti ini wajar dilaksanakan jika cikgu mempunyai koleksi majalah atau bahan bacaan dan boleh dibawa ke sekolah. (pastikan pelajar memulangkan kemabali bahan tersebut).

namun, jika tidak ada, cikgu boleh bawa mereka ke perpustakaan. cara begini telah banyak kali dilakukan oleh guru-guru senior. jadi, sebagai guru praktikal, membawa bahan masuk ke kelas merupakan sesuatu yang baru bagi pelajar.

selamat mencuba...

Wednesday, January 13, 2010

siri 4: pesanan pengetua

Pesanan Seorang Pengetua

Pesanan ini disampaikan sendiri oleh seorang pengetua kepada kami dalam mesyuarat pertama awal tahun

  1. Jangan cakap dibelakang (gossip?...jadilah oendengar sahaja, jangan menokok tambah!)
  2. Minta bantuan orang lain (cikgu senior, staf,pembantu makmal dan sesiapa sahaja di sekolah)
  3. Jana pelajar jadi insan seimbang dan warganegara yang baik (tiada di dalam silibus, cikgu mesti bijak dan proaktif berperanan sebagai pendidik)
  4. Utamakan kebersihan (pentadbir, cikgu dan murid sentiasa memerhatikan sahsiah rupadiri kita...saya pernag diperli oleh pelajar kerana cara pakaian saya.amat memalukan.)
  5. "Eye Contact" to all student.( pelajar amat gerun dengan pandangan kita )
  6. Bawa dan guna alatan bantuan mengajar - ABM (itulah yang menjadi pengukur kesungguhan kita. saya pernah dipuji kerana membawa ketas mahjong ke hulu dan ke hilir. mereka katakan ABM itulah yang menggambarkan kesungguhan dan kreativiti kita sebagai guru praktikal)
  7. Kasih sayang (jangan lokek untuk mencurahkan kasih sayang kepada pelajar. kita hanya 3 bulan sahaja. dan pastikan tiada pelajar yang mengambil kesempatan)
  8. Play all body (jika kita sedar kewujudan kinestetic learner, kita perlu juga menyedari kepentingan menjadi kinestetic teacher...)
  9. Why late, don't repeat it. (hehehe...seingat saya GPK pernah call saya 3 kali .malangnya saya tak angkat. gara-gara lewat masuk kelas relief....bukan kelas sebenar, tapi kelas relief. anda jangan tiru kesalahan saya ini...)
  10. Get ready all time (saya dapat mesej daripada supervisor "i'm coming to observe you today"....dalam masa 30 mini! bayangkan bagaimana jika suoervisor anda melakukan seperti ini kepada anda. adakah anda bersedia?)
  11. 'Mole'. (hehehe...saya pergi ke makmal komputer dan godek fail di komputer berkaitan maklumat sekolah dan tugasan guru....nampak seperti menceroboh bukan? tetapi saya banyak belajar benda baharu berkaitan sekolah daripada pencerobohan ini. dan paling menyeronokkan, seorang guru memberikan saya softcopy assignment dia untuk dijadikan mole...)
  12. Bring good behavior ( pelajar mencontohi perangai anda...guru memerhatikan anda)
  13. Check in and check out (jangan ponteng!)
  14. Kritik menjadi lebih kuat. (hehe...untuk ini, saya tak pernah buat masa praktikal...tapi ada seorang kawan saya yang lantang memberi cadangan semasa mensyuarat guru...dan kesannya, dia dikenali semua guru. It's good ! beranikan diri utarakan pendapat anda!)
saya sekadar mengulas, manakala petikan diatas disunting daripada cikgu Muhammad Khairi 

manakala pesan pengetua saya pula ialah....
www.cikguhairul.blogspot.com


Monday, January 11, 2010

siri 3 : relief di surau

assalamualaikum.
cikgu-cikgu sekalian, hari ini saya ingin berkongsi satu lagu pengisian untuk kelas relief agama.
Jika di sekolah anda, pelajaran agama dilaksanakan di bilik agama atau surau, maka cara ini sesuai untuk diaplikasikan.

saya pernah mendapat kelas relief agama, dan saya bawa mereka ke surau( kerana kelas digunakan oleh pelajar non muslim). asalnya saya tak ada idea nak buat apa, jadi saya tanya mereka
+ awak tahu solat dhuha tak? pernah buat solat dhuha tak?
- mereka jawab tak!
+ jadi hari ini cikgu nak ajar solat dhuha.mari ambil wudhuk dan masuk ke surau....

tapi almaklum sahajalah, rancangan tak menjadi. oleh kerana masa singkat, mereka tak sempat ambil wudhuk. dan oleh kerana itu idea spontan, maka saya tak prepare telekung, sejadah dll. maka tinggal beberapa belas minit sahaja sebelum masa tamat, sayapun ubah rancangan.

+ok, kita tak sempat buat pelajaran dhuha, andaikan awak masuk hutan
1-bagaimana nak tentukan arah kiblat?
2-bagaimana nak ambil wudhuk, jika tak ada air?
3-bagaimana ambil wudhuk jika hanya ada air dalam botol?
4-soalan lain cikgu-cikgu create lah sendiri.....

TERKEJUT?
jangan terkejut jika saya katakan majoriti pelajar tu tak tahu perkara-perkara asas tersebut...ini menjadikan mereka semakin berminat. biarkan mereka membuat perbincangan dan pastikan cikgu mengawal perbincangan mereka supaya tidak menjadi ajaransesat.

SEMUA LAYAK BUAT aktiviti ini.
saya berani katakan begini kerana cikgu hanya perlu bincang dan tunjukkan basic sahaja. (buatlah revision sedikit). jika ada salah faham, katakan kepada pelajar

+baiklah, esok apabila ustazah kamu masuk kelas, tanya kepada beliau...

so, beranikan diri mencuba aktiviti ini. kerana saya telah melaksanakannya.
giliran anda pula.walaupun anda bukan ustazah, tapi perkara itu adalah basic feqah...

Sunday, January 10, 2010

siri 2 : brain teaser

Buntu...
ada bayak lagi brain teaser yang cikgu boleh berikan kepada pelajar. untuk kali ini , saya sertakan satu set sahaja dahulu...
memberi brain teaser kepada pelajar adalah sesuatu yang menyeronokkan cikgu dan pelajar. kita berikan klu jika mereka tak dapat jawab. tetapi, kita juga boleh dengan sengaja mencipta 'trick' supaya soalan menjadi lebih mencabar.
RASIONAL
memberi soalan IQ akan membina kredibiliti kita di hadapan pelajar. mereka akan lari dari silibus mereka, tetapi mereka tetap belajar sesuatu daripada kita. jangan takut kerana saya telah banyak kali melakukannya(dengan syarat itu adalah kelas relief) dan anda nak tahu apa respon mereka?
"wah..cikgu ni sangat pandai la...cikgu besok masuk kelas kami lagi.."
walaupun dalam hati runsing mencari soalan-soalan IQ lain untuk mereka....


Brain teasers that will make you groan ...
1.    A murderer is condemned to death. He has to choose between three rooms. The first is full of raging fires, the second is full of assassins with loaded guns, and the third is full of lions that haven't eaten in 3 years. Which room is safest for him? 

2.    A woman shoots her husband. Then she holds him under water for over 5 minutes. Finally, she hangs him. But 5 minutes later they both go out together and enjoy a wonderful dinner together. How can this be? 


3.    There are two plastic jugs filled with water. How could you put all of this water into a barrel, without using the jugs or any dividers, and still tell which water came from which jug?


4.    What is black when you buy it, red when you use it, and gray when you throw it away


5.    Can you name three consecutive days without using the words Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, or Sunday


6.    This is an unusual paragraph. I'm curious how quickly you can find out what is so unusual about it. It looks so plain you would think nothing was wrong with it. In fact, nothing is wrong with it! It is unusual though. Study it, and think about it, but you still may not find anything odd. But if you work at it a bit, you might find out.


Answers:


1.    The third. Lions that haven't eaten in three years are dead.
2.    The woman was a photographer. She shot a picture of her husband, developed it, and hung it        up to dry.
3.    Freeze them first. Take them out of the jugs and put the ice in the barrel. You will be able to           tell which water came from which jug.
4.    The answer is Charcoal.
5.    Sure you can: Yesterday, Today, and Tomorrow!
6.    The letter "e"which is the most common letter in the English language, does not appear once             in the long paragraph...

Well there you have it...your "cognitive" cup of coffee for this wonderful Monday... May this will chase away all your Monday BLUES! Gud Day!
 www.cikguhairul.blogspot.com
www.anwaruitm.blogspot.com




siri 1: ice breaking

waalaikum salam. cikgu hidayah, saya benar-benar mohon maaf kerana terlewat memberi respon kepada permintaan cikgu. sebagai pendahuluan, bagi cikgu-cikgu lain yang belum mengenali saya, saya sertakan sedikit nukilan memori sepanjang sesi praktikal saya www.anwaruitm.blogspot.com 

itu cuma sedikit.
jadi pada kali ini InsyaAllah saya kongsikan beberapa idea untuk kelas relief.

1-dalam minggu pertama, kita boleh berkenalan dengan pelajar-pelajar dalam kelas relief. pelbagai cara berkenalan boleh digunakan bergantung kepada kreativiti masing -masing. 
Di antara cara yang saya pernah lakukan adalah 

1-berikan kertas bersaiz memo ( jika tidak ada, berikan kertas A4 dan suruh mereka potong kepada 6 bahagian)
2-suruh mereka tulis,hobi, makanan kegemaran, 3 impian yang belum tercapai. 3 perkara yang dibenci, 3 orang yang dia kasihi, dan boleh tambah mengikut kreativiti cikgu-cikgu sekalian)
4-kemudian kutip setiap kertas tersebut.
5-kocok kertas tersebut dan berikan semula kepada pelajar( berikan kepada pelajar lain).
6- suruh mereka baca, teka dan cari siapakah pemilik kertas tersebut.

RASIONAL
-aktiviti ini nampak mudah, tetapi akan mengambil masa terutama untuk menulis impian mereka yang belum tercapai.
-seperti kita, jika ada pensyarah yang ingin berkenalan dan beliau menyuruh setiap pelajar bangun memperkenalkan diri, tentulah kita bosan. begitu juga pelajar ini. mereka telah 4 tahun bersama dan hanya kita yang ingin berkenalan dengan mereka. dengan cara ini, kita dapat mengenali semua pelajar, disamping pelajar dapat melakukan aktiviti yang menyeronokkan.

(pelajar terlalu ramai dan mustahil kita dapat mengingati mereka dalam satu masa sahaja, jadi cikgu perlu kutip semula kertas tersebut dan bawa ke rumah untuk dihayati.) sehingga kini saya masih simpan kertas nama pelajar saya ...

selamat menjalani latihan praktikal.

assalamualaikum,
kepada adik-adik cikgu-cikgu praktikal yang dikasihi,
saya memohon maaf kerana terlewat melaksanakan janji yang telah dilontarkan semester lepas.

terima kasih kepada saudari hidayah kerana menjadi pendorong kepada saya untuk meneruskan komitmen saya dalam penulisan ini.

InsyaAllah, saya akan berusaha sedaya upaya mencoretkan sesuatu agar kehadiran blog ini memberi makna dan menjadi sumber rujukan adik-adik.
Listen to Quran