PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG

Selamat berpuasa

semoga hari ini lebih baik dari semalam

Sila tingalkan komen

TERIMAKASIH

PROGRAM TANYALAH SAYANG:

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Wednesday, May 26, 2010

Tumbuk muka cikgu


Tumbuk muka cikgu

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/05/26
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun pelajarnya, malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami kecederaan.
Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.
Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari apabila guru berusia 24 tahun itu mengarahkan pelajar tertabit keluar dari kelasnya dan berdiri di hadapan pintu sebagai hukuman.

Menurut sumber, pelajar terbabit dalam keadaan marah keluar dan berdiri di hadapan kelasnya sambil mencaci guru berkenaan.

“Bagaimanapun, guru berkenaan tidak mengendahkan tindakan pelajar terbabit dan meneruskan sesi pembelajaran,” katanya.

Sumber itu berkata, sikap biadab pelajar itu berterusan apabila dia cuba mengeruhkan keadaan dengan mengganggu pelajar lain yang mengikuti pembelajaran.

“Setiap kali ditegur guru berkenaan, pelajar terbabit memaki-hamun mangsa menyebabkan keadaan tegang seketika. Bukan sekali dua ditegur, guru berkenaan menegurnya lebih 10 kali, namun dia masih berdegil dan cuba mengganggu sesi pembelajaran,” katanya.

Difahamkan, pelajar itu menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan lebih 20 minit menyebabkan mangsa mula berang.

Menurut sumber itu, guru berkenaan keluar dari kelasnya sebelum memukul bahu pelajar terbabit menggunakan buku teks dipegangnya.

Bagaimanapun, buku itu terjatuh apabila pelajar terbabit mengelak.

Tindakan guru berkenaan yang tunduk untuk mengambil semula buku itu mengundang padah apabila dia diserang pelajar terbabit.

Sumber itu berkata, guru berkenaan ditumbuk lebih lima kali pada muka menyebabkannya cedera.

Difahamkan, guru itu tidak melawan kerana terkejut tindakan berani dan melampau pelajar terbabit.

Menurutnya, kejadian itu bukan saja disaksikan pelajar lain, malah beberapa guru yang mengajar di kelas bersebelahan.

“Seorang daripada guru yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis sebelum sekumpulan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan memberkas pelajar terbabit yang sedang mengamuk,” katanya.

Pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Cheras di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Guru berkenaan diarahkan tampil di balai polis untuk membuat laporan.

Difahamkan, pelajar terbabit sudah dibuang sekolah berikutan tindakan keterlaluannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu kes itu sudah dirujukkan semula kepada pentadbiran sekolah untuk tindakan lanjut.

Usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut pihak pentadbiran sekolah berkenaan gagal.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tumbukmukacikgu/Article

Saturday, May 15, 2010

Friday, May 14, 2010

Pre Praktikum 2010

TERIMA KASIH kepada jawatankuasa penganjur pre praktikum jabatan Pendidikan Sains Fakulti Pendidikan kerana sudi menjemout kami untuk mengisi slot SHARING IS CARING pada jumaat, 14 Mei 2010. 

semoga apa yang kami sampaikan sedikit sebanyak membantu dalam persediaan kalian memasuki alam persekolahan.

(p/s:akhirnya ,setelah 4 tahun saya berhajat bergambar dengan Dr Beh dengan penuh penghormatan, akhirnya cita-cita itu tercapai pada hari terakhir kami ...jika anda mencari pendidik yang mendidik golongan bakal pendidik yang berwibawa, carilah Dr Beh Kian Lim :behkianlim@hotmail.com )












AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

sELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK


JIKA HARI INI SEORANG PERDANA MENTERI BERKUASA JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAKHTA JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA JIKA HARI INI SEORANG ULAMAK MULIA JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA JIKA HARI INI SIAPA SAJA MENJADI DEWASA SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS BACA... "SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DAN BAKAL GURU SELURUH MALAYSIA."


AnwarJauhari 
www.anwaruitm.blogspot.com 
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."
Listen to Quran